|
SKUAD gimnastik negara menghadiahkan empat pingat emas, dua perak dan satu gangsa pada Sukan SEA Vietnam 2021 di Hanoi semalam.
HANOI – Meskipun skuad gimnastik berirama negara mencapai sasaran dua emas pada Sukan SEA Vietnam 2021, namun ia masih belum cukup untuk membuatkan atlet negara tersenyum dengan persembahan di Pusat Gimnasium Quan Ngua, Hanoi kelmarin.
Ketua pasukan, Shak Yuki mengakui persembahan mereka tidak sempurna dan yakin rakan-rakan sepasukannya mampu meraih markah lebih tinggi sekiranya kurang melakukan kesilapan dalam acara berpasukan.
Jelasnya, kegembiraan memenangi emas disifatkan kurang memberangsangkan apabila gagal mempamerkan prestasi terbaik selepas dikesan melakukan beberapa kesilapan kecil.
Begitupun, pujian harus diberikan kepada gimnas berpasukan negara yang membariskan atlet ‘junior’ dan merupakan penampilan pertama mereka di temasya dwitahunan berkenaan kecuali Yuki.
“Kami sentiasa mahu memberi yang terbaik tetapi kemenangan hari ini belum buat kami berpuas hati kerana kami sepatutnya mampu mendapatkan markah lebih tinggi jika kurang melakukan kesilapan.
“Apapun kami berhak dapat kejayaan ini dan mahu terus kembali berlatih untuk tingkat prestasi bagi persediaan menghadapi kejuaraan Asia pada Jun ini.
“Daripada lima gimnas yang menang emas di Manila, hanya saya seorang dalam pasukan itu tetapi atlet muda memberi komitmen cukup tinggi bagi mencapai kejayaan ini,” katanya.
Dalam pada itu, pemenang pingat perak, Koi Sie Yan yang turut membuat penampilan pada Sukan SEA kali ini mengakui belum berpuas hati dengan prestasinya secara keseluruhan.
“Sudah tentu gembira (menang emas) tapi sepatutnya saya mampu lakukan lebih baik, itu buat saya rasa kecewa dan sedih selepas pertandingan. Saya mahu terus berusaha keras untuk meningkatkan lagi prestasi dan meraih lebih banyak kejayaan,” jelasnya.
Koi Sie Yan dan Ng Joe Ee menghadiahkan pingat emas serta perak dalam acara gimrama all-around, manakala acara berpasukan dibarisi Yuki, Ng Jia Wen, Jingle Shak Qi, Maia Ong, Ashley Lim dan Yap Yi Tung melengkapkan emas kedua dalam sukan berkenaan.
Secara keseluruhan, skuad gimnastik negara membawa pulang empat emas, dua perak dan satu gangsa.
https://www.kosmo.com.my/2022/05 ... meskipun-sapu-emas/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|