CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 511|Reply: 0

Tak mustahil Muay sumbang emas

[Copy link]
Post time 21-5-2022 06:10 PM | Show all posts |Read mode

NUR Amisha akan beraksi di pentas final esok. FOTO Majlis Sukan Negeri Perak

Hanoi: Acara Muay sekarang ini berada di landasan terbaik untuk sekurang-kurangnya mengahadiahkan dua perak selepas dua atlet negara bakal turun beraksi di perlawanan akhir di Sukan Sea Vietnam esok.

Ia juga tidak mustahil buat dua atlet muda negara, Nur Amisha Azrilrizal dan Ahmad Nor Iman Aliff Rakib menambah kutipan emas buat kontinjen Malaysia.

Menurut Pengurus pasukan, Saifulnizam Mohd Shahar, beliau berbangga dengan semangat juang tinggi kedua-dua atlet negara tersebut sekali gus enggan memberi tekanan kepada mereka pada aksi final nanti.

"Sebenarnya kita turun ke Sukan Sea sebagai pasukan bukan pilihan dan tiada tekanan buat atlet negara ketika memulakan temasya dwitahunan ini.

"Kedua-dua mereka bermain dengan cukup baik mengatasi lawan masing-masing meskipunpada awalnya kita hanya menjangkakan hanya ke separuh akhir.

"Bila sudah melangkah ke final kedua-dua atlet muda kita ini bersemangat untuk mempamerkan kejutan sekali lagi dan pastinya mereka mahu membutirkan emas buat Malaysia. Jadi, saya tidak mahu memberi tekanan kepada mereka berdua.

"Apapun, pastinya harapan kita adalah ingin memburu emas. Saya yakin mereka berdua mampu lakukan terbaik dan berjuang habis-habisan untuk membutirkan emas buat negara," kata Saifulnizam.

Jaguh wanita berusia 19, Nur Amisha yang meraih gangsa di Sukan Sea Manila, Filipina (2019) akan berdepan lawan dari Thailand, Srila Oo Wansawang di peringkat akhir dalam acara wanita elit bawah 51 kilogram (kg) sejurus menumbangkan pesaing dari Kemboja, Soeng Moeuy, 30-27 di Pusat Sukan Vinh Phuc.

Sementara itu, Ahmad Nor Iman, 18, yang membuat kemunculan pertama di Sukan Sea turut cemerlang apabila mengalahkan atlet Filipina, Ariel Lee Lampacan, 30-27 dalam acara Lelaki Elit Bawah 54kg sekali gus akan membuat perhitungan dengan atlet Thailand, Huynh Hoang Phi.

Sebagai rekod, skuad muay thai pada mulanya mensasarakan satu pingat gangsa selepas berdepan pelbagai kekangan dan kesukaran gara-gara Covid-19.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... l-muay-sumbang-emas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 04:25 AM GMT+8 , Processed in 0.285354 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list