View: 2030|Reply: 10
|
[Jenayah]
Isteri mabuk manakala si suami sibuk "meratah" anak buah sendiri
[Copy link]
|
|
Edited by maklukpenggoda at 23-5-2022 08:25 AM
Sungai Petani: Mabuk terlampau teruk dipercayai menjadi punca sehingga membuatkan seorang wanita tidak menyedari perbuatan keji dilakukan suami yang merogol anak saudaranya dalam bilik tidur mereka.
Difahamkan, sebelum itu pasangan suami isteri terbabit meneguk minuman keras menyebabkan kedua-duanya mabuk sehingga si isteri langsung tidak sedarkan diri dan tertidur dalam bilik bersama dua anak serta mangsa.
Sumber berkata, siasatan awal mendapati ibu saudara mangsa langsung tidak menyedari kejadian menimpa remaja itu walaupun ia berlaku dalam bilik tidur sama.
"Kita tidak menolak kemungkinan ibu saudara mangsa tidak sedarkan diri akibat mabuk kerana difahamkan pasangan terbabit sebelum itu meminum arak," katanya juga memaklumkan, remaja terbabit sudah berhenti sekolah sejak hampir setahun lalu.
Sumber itu turut memberitahu, hasil siasatan awal mendapati mangsa masih mempunyai ibu bapa namun dia diserahkan kepada neneknya untuk dijaga sejak setahun lalu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan ketika dihubungi juga tidak menolak kemungkinan ibu saudara mangsa tidak sedar mengenai kejadian rogol itu kerana terlalu mabuk.
"Kita sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan ibu saudara mangsa yang mabuk hingga tidak sedar kejadian menimpa remaja itu," katanya.
Menurutnya, siasatan lanjut berhubung kes rogol berkenaan masih dijalankan kerana suspek baru direman hari ini dan berharap orang ramai tidak membuat sebarang andaian mengenainya.
Harian Metro hari ini melaporkan, seorang remaja mendakwa dirogol bapa saudara ketika menumpang tidur dalam bilik di rumah suspek dalam kejadian jam 12.30 tengah malam, semalam.
-Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Umur brp anak saudara tu, mcm mana blh tidur sebilik dgn makcik yg dah berkahwin walaupun ada sepupu2 yg lain. Rumah ada satu bilik je ke |
|
|
|
|
|
|
|
Ini mahu salah kan bini mabuk kah apa..... Yang rogol itu jantan tidak guna... |
|
|
|
|
|
|
|
mabuk2 pastu rogol,
ermmmm cacamerba sungguh family tu |
|
|
|
|
|
|
|
ok dah clear.. patut la tak sedar..bini mabuk trus out upanya
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni kes bini nk coverina tok laki ke hapa |
|
|
|
|
|
|
|
Ok isteri tu mabuk tak sedar terus. Yg anak2 mabuk juga ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|