CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 774|Reply: 4

"Itu Pendapatan Lebihan Saya,"-Zahid Hamidi Kata Tiada Satu Sen Pun Duit Yayasan Akalbudi Daripada Kerajaan Dan Pembayar Cukai

[Copy link]
Post time 23-5-2022 12:51 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataan pembelaannya di Mahkamah Tinggi di sini hari ini menegaskan bahawa tiada satu sen pun sumber dana Yayasan Akalbudi yang berjumlah puluhan juta ringgit daripada wang kerajaan atau pembayar cukai.


Menurut Ahmad Zahid, 69, sebaliknya sumber berkenaan adalah daripada lebihan pendapatan ketika beliau membabitkan diri dalam sektor korporat sebelum menjawat jawatan sebagai anggota pentadbiran.


Ini kerana Ahmad Zahid berkata dia pernah mengetuai empat syarikat yang disenaraikan di Bursa dan Pengerusi Bank Simpanan Nasional sebelum menjadi menjadi timbalan menteri, menteri dan timbalan perdana menteri adalah melebihi perbelanjaan keperluan keluarganya.




Foto: Kosmo




“Maka saya berazam atas nasihat bapa saya yang juga seorang mudir (pengetua sekolah agama) untuk menyalurkan lebihan pendapatan saya itu kepada orang yang memerlukan melalui amal jariah, sedekah, infak, wakaf bagi tujuan keagamaan dalam yayasan yang saya wujudkan sejak tahun 70-an lagi,” kata Ahmad Zahid.


Dalam pada itu, Ahmad Zahid dalam kenyataan pembelaannya turut menyanggah kenyataan saksi pendakwaan ke-90 Mejar Mazlina Mazlan @ Ramly yang mengatakan dia telah menggunakan cek Yayasan Akalbudi untuk pembayaran bil kad kredit.


“Saya menegaskan bahawa saya sama sekali tidak pernah bersetuju dan/atau memberi kepada Mazlina untuk menggunakan cop tandatangan saya bagi tujuan selain daripada untuk menandatangani kad-kad jemputan dan/atau hari raya dan/atau perayaan dan/atau sijil-sijil penghargaan.


Saya dengan ini ingin menegaskan sekali lagi bahawa segala pernyataan Mazlina bahawa beliau telah mendapatkan kebenaran daripada saya untuk menggunakan cop tandatangan dan/atau cek pra-tandatangan untuk kesemua cek-cek yang diisukan bagi tujuan pembayaran bil kad kredit saya adalah tidak benar sama sekali,” katanya.


Perbicaraan bela diri di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah masih lagi berlangsung. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2022 02:57 PM | Show all posts
ko xtakot masuk neraka ke wak jahid?
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 03:14 PM | Show all posts
Dia ni mmg sungguh jahat lah mcm gengster kutio duit dr bisnesmen. Ada sorg bisnesman dr sg yg dah pindah duduk swak cita, dia jumpa zahid dlm sayu majlis makan2 dgn bisnesmen, zahid mintak dia derma 10 juta dlm akal budi. Org dia call bisnesman tu selalu mintak duit mcm gengster lah sampaibisnesman ni terpaksa buat loan. Gila salah guna kedudukan dia pau duit org mcm ni. Shaithonirrajjim ni mmg elok disumbat ke penjara. Sungguh teruk tahap salah guna kuasa dia
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai rupanya pemimpin kita hebat dlm berbusiness. Harap dgn kepakaran deols dpt membimbing rakyat marhein dr zero ke hero. Jgn bg geran saja tp bimbing utk pasaran juga
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Apsal nama2 hebat ini tiada dlm senarai jutawan  ye. Asyik2 nama yg sama jer dr dulu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 02:50 AM GMT+8 , Processed in 0.202629 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list