CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1386|Reply: 15

[Tempatan] Buang patung hiasan RM25, pembantu kedai makan didenda RM2,500

[Copy link]
Post time 23-5-2022 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Gabriele Jungkak anak Steward dibawa ke Mahkamah Majistret Kulai hari ini. (Gambar Bernama)

KULAI: Seorang pembantu kedai makan didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, selepas mengaku bersalah melakukan khianat dengan membuang patung hiasan di sebuah rumah di Taman Scientex 13, Senai pada 15 Mei lalu.

Gabriele Jungkak anak Steward, 23, mengaku melakukan kesalahan itu di rumah bernombor 567 pada 9 pagi, selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan majistret Sharifah Maleeha Syed Hussin.

Jika gagal membayar denda itu, Gabriele boleh dipenjara tiga bulan.

Gabriele mengaku mengambil patung hiasan air pancutan yang tersambung dengan hos paip kecil sehingga tercabut dan rosak serta membuangnya ke dalam tong sampah milik TS Dineshwaran membabitkan kerugian RM25.

Ads by Kiosked

Gabriele didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Edelynn Wong memohon hukuman yang dijatuhkan ke atas tertuduh berbentuk pengajaran dan pencegahan supaya menjadi iktibar kepada masyarakat.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam tidak mengemukakan rayuan terhadap hukuman itu.

Minggu lalu, tular video kurang seminit di media sosial memaparkan seorang lelaki membuang sebuah patung dipercayai patung keagamaan ke dalam tong sampah di hadapan sebuah rumah.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2022 03:01 PM | Show all posts
Alahai ingat kan lobai, macam baru bali semayang.  Dek dah la semikin, lain kali lalu je tak yah pandang2.  ni kau siap damage benda RM25 gaji kau sehari kut, lepas tu sekarang kena denda 1000 kali ganda.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 23-5-2022 03:01 PM
Alahai ingat kan lobai, macam baru bali semayang.  Dek dah la semikin, lain kali lalu je tak yah pan ...

Mana belajar matematik ni?
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 23-5-2022 03:01 PM
Alahai ingat kan lobai, macam baru bali semayang.  Dek dah la semikin, lain kali lalu je tak yah pan ...

Seratut bukan seribut


Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 04:18 PM | Show all posts
Babai replied at 23-5-2022 03:05 PM
Mana belajar matematik ni?

Haha terlebih exicted.  correction 100 kali ganda.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 04:19 PM | Show all posts
eh benci la keyboard ni...baru perasan banyak typo.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-5-2022 10:04 PM | Show all posts
Bergari pun tgn siap pakai glove
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 10:13 PM | Show all posts
Aku speku dia pakai macam melayu demi 'keselamatan' in case kantoi. Buktinya ramai acik ala2 protes bila cepat diambil tindakan. Syabas polis jdt.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2022 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa masalah ko dekkkk?
Patung tu anker ke? Ada penampakkan entiti bergentayangan kat patung tu?
Atau ko ada masalah dengan acik yenna tu?
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Pakai kain sarung n kopiah kan dlm video tu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Otak tak berapa empuk kut budak ni. Sbb baca tu sblm2 ni pun prnh buat jgk
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
kasihan dia...mungkin tak biasa..sbb di borneo kurang org agama hindu
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
betul la telahan forumer sebelum ni yg mengagak mungkin sesorg menyamar spt org Islam utk mengelabui mata org ramai.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang bangsat la si Gabriel ni, buat jahat
menyamar pakai kain sarung dan bersongkok utk memburukkan agama Islam.

Kononnya orang melayu Islam punya
angkara jahat.

Sepatutnya dia dikenakan hukuman
maksimum kerana perbuatan khianat membuang patung Hindu.

Kedua menyamar sebagai orang Islam bertujuan utk memburukkan Islam dan mungkin perbuatan dia melaga2kan orang Melayu dgn org India.

Semua boleh agak si Gabriel ni agama apa, agama sochi morni la katakan.
Deyyy...bangsat, sebok dgn agama orglain, paseipa ko tak buang ajer patung Jesus dan Mary yg banyak dlm gereja ko tuu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Hallooo harith iskander, siti kassim & seangkatan dgn mereka,, tlg bagi sepatah dua psl mamat ni. Korang kan suka mencapub psl islam kan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
1. Celaka ni naikkan kemarahan penganut hindu sebab buang patung.

2. Celaka ni juga naikkan kebencian orang terhadap kaum Melayu/agama Islam. Pasal dia habis islam kena maki kat twitter.

2 in 1 serangan padu dia. Kagumm.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.703907 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list