|
Rakyat Arab Saudi dilarang ke 16 negara
GAMBAR hiasan. FOTO Agensi
Jeddah: Rakyat Arab Saudi dilarang melakukan perjalanan ke 16 negara berikutan kes Covid-19 di negara berkenaan, kata Direktorat Am Pasport (Jawazat) pada Sabtu.
Negara berkenaan adalah Lubnan, Syria, Turki, Iran, Afghanistan, India, Yaman, Somalia, Ethiopia, Republik Congo, Libya, Indonesia, Vietnam, Armenia, Belarus dan Venezuela.
Saudigazette melaporkan, Jawazat menegaskan tempoh sah pasport warga Arab Saudi yang berhasrat melancong ke negara bukan Arab mestilah melebihi enam bulan.
Penjelasan Jawazat mengenai keperluan perjalanan warga Arab Saudi ke luar negara itu diberikan dalam satu kenyataan di akaun Twitternya.
Menurut kenyataan itu, tempoh sah pasport perlu melebihi tiga bulan untuk perjalanan ke negara Arab.
Bagi warganegara yang ingin ke negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) lain, tempoh sah kad pengenalan negara mereka mestilah lebih daripada tiga bulan.
Jawazat mengulangi bahawa salinan asal kad pengenalan pada aplikasi Absher dan Tawakkalna tidak mencukupi untuk perjalanan ke negeri GCC.
Kad pengenalan asal dan daftar keluarga mesti dikemukakan untuk perjalanan sebagai tambahan kepada dokumen bukti tanggungan di dalam Kerajaan yang pemegangnya tidak dapat melakukan perjalanan ke negara Teluk.
Mengenai keperluan kesihatan warga Arab Saudi yang melancong ke luar negara, Jawazat menekankan ia termasuk sudah menerima tiga dos vaksin koronavirus atau tidak melepasi tiga bulan selepas mengambil dos kedua vaksin.
Akan ada pengecualian bagi kumpulan yang diberi pengecualian atas alasan perubatan seperti status pada permohonan Tawakkalna.
Jawazat menyatakan mereka yang berusia bawah 16 dan 12 tahun memerlukan dua dos vaksin.
Bagi mereka yang berusia bawah 12 tahun, mereka dikehendaki membawa polisi insurans koronavirus semasa melancong ke luar negara, tambah sumber Jawazat.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/global ... larang-ke-16-negara
|
|