View: 1700|Reply: 6
|
[Tempatan]
Doktor wanita meninggal dunia di bilik hotel kemurungan, kata polis
[Copy link]
|
|
Polis menemui beberapa jenis ubat-ubatan berkaitan kemurungan di dalam bilik doktor tersebut meninggal dunia.
PETALING JAYA: Doktor wanita yang ditemukan meninggal dunia di bilik di sebuah hotel di Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan, Jumaat lalu difahamkan mengalami kemurungan yang berkemungkinan berkaitan pekerjaannya.
Ketua Polis Port Dickson, Aidi Sham Mohamed, berkata perkara itu dimaklumkan ahli keluarganya kepada polis.
“Mangsa dikatakan mengalami kemurungan berkemungkinan disebabkan oleh pekerjaannya dan perkara tersebut dimaklumkan ketika temubual dengan keluarga mangsa.
“Pihak polis juga ada menemui beberapa jenis ubat-ubatan berkaitan kemurungan di dalam bilik tersebut,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.
Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita yang merupakan pegawai perubatan di sebuah hospital kanak-kanak di Petaling Jaya, ditemukan meninggal dunia di sebuah hotel di Pasir Panjang pada 20 Mei lalu.
Aidi Sham berkata, pada 2 petang, pihaknya menerima maklumat daripada pekerja sebuah hotel di Pasir Panjang yang menemui seorang wanita dalam keadaan tidak sedarkan diri terbaring di atas katil bilik.
“Siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah didapati di tempat kejadian dan semakan pihak hotel mendapati mangsa mendaftar seorang diri pada 19 Mei lalu.
“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan Klinik Kesihatan Pasir Panjang pada 2.56 petang. Si mati berusia 37 tahun dan masih bujang,” katanya.
Beliau berkata, polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut dan bedah siasat dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Port Dickson dan punca kematian tidak dapat dikenal pasti.
|
|
|
|
|
|
|
|
Hotel ape nih
area pasir pjg
baru gi chorus last week |
|
|
|
|
|
|
|
OD ke
murung sbb ape
bkn buli mcm dr di png tu ye
|
|
|
|
|
|
|
|
polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut dan bedah siasat dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Port Dickson dan punca kematian tidak dapat dikenal pasti.
bedah siasat pun fail ka wartawan yang salah buat ayat?
Nanti kang ada yang suruh tengok konteks. Ok, what's the context?
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tripleid at 24-5-2022 05:13 PM
Persoalan plg utama ialah mgsa Dr spital gomen ke spital private
Tapi kat pJ takde spital gomen..Assunta mgkin? |
|
|
|
|
|
|
|
tripleid replied at 24-5-2022 05:12 PM
Persoalan plg utama ialah mgsa Dr spital gomen ke spital private
Tapi kat pJ takde spital gomen.. ...
Yindia kah? Assunta ramai yindia. Masa aku keje dulu tengah lawat spital sebab nak quote, ha ko, besau punya gereja ada dalam spital tuh. Tak relevan ya cuma tetiba teringat |
|
|
|
|
|
|
|
Nenasketum replied at 24-5-2022 05:26 PM
Yindia kah? Assunta ramai yindia. Masa aku keje dulu tengah lawat spital sebab nak quote, ha ko, b ...
Dah nama pun spital Assunta takkan nak expect ada mesjid plak dlm tuh
Yup spital ni ramai dr sepet dgn kelly..tapi staff sokongan mcm nurse,pharmacist,juru xray bagai tu ramai gak melayu..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|