Edited by FOTHER-MUCKER at 23-5-2022 01:07 PM
7 hari dihantui rasa takut, trauma diserang gelandangan… Wanita mangsa pukul, korek mata tak tidur terbayang-bayang wajah suspek - Video | mStar
AMIN HAZLAN
DIPUKUL tanpa belas ihsan, seorang wanita dikenali sebagai Fufu berkata dia trauma selepas diserang secara tiba-tiba oleh lelaki tidak dikenali, baru-baru ini.
Cerita Fufu atau Noormahfuzah Nordin, 37, dia bagaimanapun sempat menendang paha kanan suspek untuk mempertahankan diri meskipun sudah teruk dibelasah.
Tindakan sepak lelaki itu di luar kawalan sebab terlalu sakit, tangan dia korek mata saya dah pijak menggigil-gigil ketakutan... antara hidup atau mati saja waktu itu.
All I can do is angkat kaki kanan dan kemudian sepak paha dia... itu yang Fufu buat.
Kemudiannya Fufu sepak paha kanan lelaki tu menggunakan heels kaki kanan, handphone saya yang suspek pegang terus tercampak dan dia menjerit kerana terkejut, katanya kepada mStar.
Untuk rekod kejadian berlaku pada 17 Mei lalu dan kini suspek sudah ditahan polis untuk membantu siasatan lanjut.
|