CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 901|Reply: 15

[Tempatan] Bergelumang dengan najis, punca rakyat tempatan tidak berminat kerja di ladang ayam

[Copy link]
Post time 24-5-2022 09:06 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR – Isu ayam semakin meruncing apabila tindakan segelintir penternak mengambil keputusan menutup beberapa reban ternakan mereka untuk tempoh masa beberapa hari.

Keadaan itu dilihat semakin parah apabila kekangan utama iaitu dedak dan kekurangan pekerja menyebabkan penternak sudah tidak mampu untuk meneruskan kerja harian.

Meskipun pelbagai tanggapan dibuat namun di sebaliknya, isu pekerja perlu dipandang lebih serius.

Pengurus Besar Syarikat Ayam Bismi Sdn Bhd, Azli Saat berkata, ia tidak mampu dibendung lagi syarikatnya juga terpaksa menutup beberapa reban akibat tiada pekerja.

“Sekurang-kurangnya seorang pekerja ditempatkan untuk menjaga reban yang memuatkan 20,000 hingga 30,000 ekor ayam.

“Buat masa ini, ada pekerja saya yang terpaksa menjaga dua reban dalam masa sama. Kami tiada pilihan.

“Ketiadaan pekerja membuatkan banyak penternak mengalami masalah sama dan akhirnya, ayam tidak dapat dipasarkan seperti sebelum ini,” katanya ketika menjadi panel program SKOP MG malam tadi.

Dengan tajuk ‘Siapa Sebenarnya Kartel Ayam?’, Azli juga mengakui kesukaran mendapatkan pekerja disebabkan pelbagai lapisan birokrasi perlu dilalui.

“Setiap penternak perlu menampilkan beberapa borang dan keperluan untuk mengiklankan sekurang-kurangnya sebulan.

“Seperti syarikat saya, sudah memasuki lapisan keempat tetapi ada syarikat masih di tahap dua yang mana satu lapisan juga mengambil masa begitu panjang.

“Alasan yang diberikan oleh Kementerian Sumber Manusia adalah ruang harus diberikan kepada pekerja tempatan yang terkesan dengan Covid-19 terlebih dahulu.

“Mereka-mereka ini sedang mencari pekerjaan dan perlu diberi keutamaan sebelum membawa masuk pekerja asing,” katanya.

Azli berkata, perkara itu membuatkan penternak terus menghadapi kesukaran memandangkan tidak ramai pekerja tempatan yang mahu bekerja dalam sektor perladangan dan penternakan.

“Pekerja tempatan lagi suka kerja di dalam air-cond, mana ada yang nak kerja cuci tahi ayam, cuci reban. Kerja-kerja begini memang tidak ada yang pandang dan jika ada mereka, demand gaji terlalu tinggi,” katanya.

Jelasnya, untuk bekerja di dalam satu reban yang berkeluasan 300 kaki persegi, perkara penting selepas ayam dipasarkan adalah membersihkan najis ayam.

“Najis ayam setebal lebih 11 inci itu perlu dikorek dan dibersihkan sebelum anak ayam dimasukkan dalam reban. Inilah yang menjadi kekangan penternak. Pernah ada pekerja yang datang, pukul 10 pagi cabut lari sebab tak sanggup nak korek najis ayam.

“Pelbagai usaha kami sudah lakukan, buka peluang kepada mereka yang tak ada kerja tapi apabila sampai najis ayam, mereka tak sanggup,” katanya.

Jelasnya, bekerja di kilang ayam dan bekerja di ladang adalah dua perkara berbeza.

“Di ladang, selain najis, pekerja perlu mengangkat dedak ayam yang beratnya 10 kilogram. Bukan satu tetapi 100 beg untuk diberi ayam ini makan.

“Sebab itu saya katakan pekerjaan ini hanya warga asing yang mampu lakukannya,” katanya.

https://malaysiagazette.com/2022/05/23/pekerja-tempatan-ramai-berhenti-kerana-tak-sanggup-korek-najis-ayam-penternak/


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2022 09:56 AM | Show all posts
nanti bising gaji xpadan dgn kerja
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 09:58 AM | Show all posts
rakyat kita hanya tahu makan. hal-hal berkait makanan tu taknak ambik tau
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebelah my mum orchard ada kandang ayam... Taukeh bayar siam jaga ayam.. Puluh ribu ekor dia 1 orang saja jaga... Banyak juga dia dapat side income jaga ayam.. Jual ayam cacat...
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 10:02 AM | Show all posts
ramai komplen reban ayam ni banyak lalat datang. sampai sekampung kena hurung dengan lalat
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 10:04 AM | Show all posts
kena cipta reban ayam yg bole nyahbau. sepatutnya ramai cerdik pandai belajar tinggi2 apa jah yg korang bole cipta selain rajin menyalak kat porem?? lariii
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-5-2022 11:18 AM | Show all posts
Punca rakyat tempatan tak berminat bukan la disebabkan bergelumang dengan najis.. tapi gaji ciput..

Kerja-kerja begini memang tidak ada yang pandang dan jika ada mereka, demand gaji terlalu tinggi,” katanya.


Nak tau juga, berrava yang departed demand tu?
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Meleis sepet & yindian femalas lebih suka duk dubious condo jadik scammer. Berbaloi kata depa.
Yang nurses femalas esp yindian plak dok melalak nak gaji macam nurses Sinjaporean. Pi milingkup la ampa semua!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2022 11:49 AM | Show all posts
CEO Megah Holdings tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 12:12 PM | Show all posts
Inilah konsep ketuanan melayu...so what do u expect? Semua nk jd boss.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 12:25 PM | Show all posts
renko replied at 24-5-2022 09:56 AM
nanti bising gaji xpadan dgn kerja

kalau dh gaji pekerja asing sama dgn pekerja tempatan mcmana?pekerja asing takpe rumah,bil,komitmen lain disediakan..cukup la sorng diri
klu pekerja tempatan mcm2 nk kena langsaikan
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
mak bapk forumer cari..anda dh tau masalahnya kan...dgn tulus ikhlas mohon ank2,saudara mara kalian dihantar ke ladang ayam...tuk bekerja...mulakan dgn/dr diri sendiri dulu...asyik ckp psl 'ank orng lain' jer...suh la ank sendiri..pi..........
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang nak kene biar tahi ayam sampai 11 inci dulu ke baru leh korek.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 12:32 PM | Show all posts
johan-adx replied at 24-5-2022 12:25 PM
kalau dh gaji pekerja asing sama dgn pekerja tempatan mcmana?pekerja asing takpe rumah,bil,komitme ...

itu lah aku cakap
nanti bising keja xpadan dgn gaji
majikan mana nampak suma tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 12:49 PM | Show all posts
renko replied at 24-5-2022 12:32 PM
itu lah aku cakap
nanti bising keja xpadan dgn gaji
majikan mana nampak suma tu

untung warga asing dok msia..kje dpt gaji penuhtax takde..komitmen krg.ptt la berebut nk msk sini
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 07:29 PM | Show all posts
jgn kata reban ayam... ofc ekon keja senin-jumaat pun bebudak ni tak hinggin noksss   nak sama level dgn degree deme. kut keja entry level mmg kejap je la, 1-2 bulan chow

harus lah kan memasing ada degree kiri kanan atas bawah.. takdenye deme nak keja cuci taiayam nehh... gomen je yg purak2 tak tahu.. keja level spm banyak... degree holders yg bersepah2.. pehtu taknak mula dari bawah. smer nak jadi eksekutip, pakai tie , pakai kemeja, keja pun belom tentu reti buat

even f&b pun pancit takde pekerja.. bebudak ni smer nak keja senin-jumaat sajork.. kalo kena keja sabtu then ada shift pun deme whoryuskan saje, most f&b pun long hrs.

work life balance katanyeeeehhhh

elok la takde hayam... padan muke.. ni baru isu ayam.. blom belah2 kilang2 lagi.. kut takde abangla mmg mereput la kilang2 kat mesia ni... cepat la bagi foreigners masuk mesia ni.. dah bertahun tunggu org mesia filled the vacancies... mmg sampai kiamat no takers noksss, itu lah reality nye.. mmg kena rely on pekerja asing

ada ke orang mesia yg suke nak keja 3D ni?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 02:36 AM GMT+8 , Processed in 0.217157 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list