CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 880|Reply: 1

[Dunia] Jangan kutip sabun dek, askar Russia ditawan Ukraine dipenjara seumur hidup

[Copy link]
Post time 24-5-2022 09:44 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 24-5-2022 01:55 PM

KYIV: Sebuah mahkamah Kyiv hari ini menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas seorang tentera Russia berusia 21 tahun, selepas didapati bersalah atas jenayah perang kerana membunuh orang awam.

Ia keputusan pertama terhadap tentera Moscow sejak pencerobohan mereka di Ukraine.

"Mahkamah mendapati (Vadim) Shishimarin bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup," kata hakim Sergiy Agafonov.

Shishimarin, berpangkat sarjan, sebelum ini mengaku di mahkamah, membunuh Oleksandr Shelipov berusia 62 tahun, dalam tempoh beberapa hari pertama serangan Kremlin di timur laut Ukraine.

"Pembunuhan itu dilakukan dengan niat langsung. Shishimarin melanggar undang-undang dan adat perang," kata hakim Agafonov.

Tentera Russia itu memberitahu mahkamah minggu lalu yang dia menembak Shelipov di bawah tekanan askar lain ketika mereka cuba berundur dan melarikan diri untuk kembali ke Russia dengan kereta yang dicuri pada 28 Februari, hari keempat pencerobohan Moscow.

Shishimarin memohon maaf kepada balu Shelipov.

Peguam Shishimarin, Viktor Ovsyannikov berkata, beliau akan merayu keputusan itu. - AFP
https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2022/05/958713/askar-russia-dijatuhi-hukuman-penjara-seumur-hidup




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2022 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmm..smoga ditembak berdas2 sampai lunyai montot dalam jail kyiv..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 02:33 AM GMT+8 , Processed in 0.249165 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list