View: 666|Reply: 1
|
[Tempatan]
Di Janda Baik ada Pokok ganja keliling rumah
[Copy link]
|
|
Pokok ganja keliling rumah
LALUAN masuk kediaman bekas diplomat yang menanam ganja di Janda Baik.
Kuala Lumpur: Seorang bekas diplomat Malaysia berstatus Datuk diberkas polis selepas disyaki menanam dan memiliki ladang pokok ganja membabitkan hampir 100 batang pokok terlarang itu.
Kes itu dianggap rampasan pokok ganja terbesar di dalam sejarah narkotik negara berikutan sebelum ini kebanyakan rampasan hanya membabitkan pokok ganja yang ditanam di dalam pasu sahaja.
Sumber berkata, kejayaan itu adalah hasil usaha dilakukan pihak Balai Polis Bukit Tinggi dan Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong melalui operasi Ops Tapis dilakukan terhadap kediaman suspek di Janda Baik, Pahang.
Menurutnya, serbuan dilakukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) sekitar jam 6 petang kelmarin.
"Difahamkan polis bertindak menahan lelaki warga emas terbabit sebelum menemui deretan beberapa batas tanah yang dipercayai digunakan untuk menanam pokok ganja.
GARISAN kuning di belakang garaj kereta yang menjadi tempat tanaman ganja.
"Turut ditemui deretan pokok ganja yang di tanam di sekeliling kediaman itu. Pemeriksaan lanjut polis menemui bekas berisi cecair dipercayai minyak ganja selain daun ganja yang sudah dikeringkan.
"Suspek dipercayai menanam pokok ganja itu secara serius susulan penemuan bekas plastik semaian di lokasi diserbu," katanya.
Menurutnya, polis masih menyiasat bagaimana suspek memperoleh benih pokok ganja itu dan tujuan ia ditanam secara besar-besaran.
Buat masa ini suspek sudah mendapat perintah untuk tahanan reman sehingga 28 Mei ini.
Tinjauan wartawan semalam mendapati hampir 10 anggota polis mengawal kediaman suspek sehingga petang semalam.
Malah beberapa anggota Unit Forensik Polis turut berada di lokasi untuk meneruskan siasatan terhadap bukti barang kes ditemui.
Bagaimanapun, wartawan dan jurugambar Harian Metro diminta beredar dari lokasi tersorok itu.
Difaham suspek yang pernah berkhidmat di kedutaan Malaysia di Asia Tenggara dan Timur Tengah akan disiasat mengikut Seksyen 39B, Seksyen 6B dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... anja-keliling-rumah
|
|
|
|
|
|
|
| |
|