View: 543|Reply: 3
|
[Dunia]
Pasu 'penghias' dapur bernilai RM8j
[Copy link]
|
|
London: Sebuah pasu Cina abad ke-18 yang 'sangat jarang ditemui' dibeli pada 1980-an dengan harga beberapa ratus paun sahaja dan disimpan di dapur, kini dijual pada harga 1,449,000 Pound Sterling (kira-kira RM8 juta).
Pasu berlapis biru, perak dan emas setinggi 60 sentimeter itu dicipta untuk istana Maharaja Qianlong, lapor BBC.
Dihiasi dengan pelbagai corak seperti kelawar dan burung flying crane, ia dianggarkan dijual pada acara lelongan antara 100,000 Pound Sterling (kira-kira RM550,664) hingga 150,000 Pound Sterling (kira-kira RM825,815).
Pasu itu dimiliki seorang pakar bedah yang menyerahkan kepada anaknya dan tidak mengetahui nilainya.
Dreweatts Auctioneers berpangkalan di Berkshire berkata, nilai dan sejarah sebenarnya terbongkar hanya apabila pakar antik melihatnya.
Ia dijual kepada pembeli antarabangsa melalui telefon.
Harga permulaan adalah 1,200,000 Pound Sterling, namun pembida membayar hampir RM8 juta termasuk premium pembeli.
"Kami gembira dengan penjualan luar biasa ini. Kami melihat minat terhadap pasu ini amat tinggi dari China, Hong Kong, Amerika Syarikat dan United Kingdom, sekali gus menjadikan pembidaan yang sangat kompetitif.
"Amat jarang melihat pasu biru dicat dalam kedua-dua penyepuhan dan perak dinaikkan sedikit, mungkin disebabkan mediumnya sukar dikawal.
"Tiada porselin lain yang dihiasi dengan subjek sama dalam emas dan perak yang pernah didokumenkan," katanya. - Agensi
|
|
|
|
|
|
|
|
Pasu yang hanya jibby & wak zahid komidi jer yang mampu beli |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pun ada 2-3 biji pasu beli kat china kini terbiar mengumpul habuk. Macam mana nak check kot boleh lelong 2-3 juta
|
|
|
|
|
|
|
|
Duit banyak memang mampulah membeli. Tapi jika wang itu pun drp wang 'bermasalah' pasu itu pun tak dpt melonjakkan kemegahan dn kebahagiaan memiliki sesuatu yg 'rare', yg orang tak ada tapi aku ada. Pasu itu pulak nanti dijadikan bukti penyucian wang. Bale, bale...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|