CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1125|Reply: 8

Bahaya, Manusia Seluruh Dunia Makin Kurang Tidur Akibat Cuaca Panas

[Copy link]
Post time 24-5-2022 11:57 AM | Show all posts |Read mode
Copenhagen: Perubahan iklim bukan sahaja mempengaruhi ekonomi dan kesihatan masyarakat global, bahkan turut menjejaskan aktiviti harian manusia.


Kajian yang diterbitkan oleh jurnal One Earth, 20 Mei lalu, mendapati peningkatan suhu akan memberikan kesan negatif kepada tidur manusia di seluruh dunia, lapor The Guardian.


Penyelidik berkata, hasil penemuan mendapati menjelang 2099, suhu optimum boleh mengurangkan 50 hingga 58 jam tidur seseorang bagi setiap tahun.





Seorang wanita mengisi air ke dalam bekas yang dibekalkan oleh kereta api khas semasa cuaca panas di Pali, India. Foto: AFP





Pakar malah menjelaskan kesan perubahan suhu tersebut akan menyebabkan gangguan tidur yang lebih besar kepada penduduk di negara berpendapatan rendah melibatkan orang dewasa dan warga emas.


Penulis kajian dari Universiti Copenhagen, Kelton Minor berkata, hasil kajian menunjukkan tidur yang merupakan proses pemulihan penting untuk kesihatan dan produktiviti manusia boleh terjejas akibat suhu lebih panas.


“Dalam kajian ini, kami menyediakan bukti berskala planet pertama bahawa suhu lebih panas daripada purata mengurangkan tidur manusia.


“Faktor itu akan menyebabkan seseorang tidur lebih lambat dan terjaga ketika cuaca panas,” katanya.


Kajian itu menggunakan data tidur global tanpa nama yang dikumpul daripada gelang penjejakan tidur.


Data itu termasuk tujuh juta rekod tidur daripada lebih 47,000 dewasa di 68 negara merangkumi semua benua kecuali Antartika.


Kajian menunjukkan pada malam yang sangat panas iaitu suhu melebihi 30 darjah Celcius akan menyebabkan pola tidur turun secara purata lebih 14 minit.


Tidur juga akan berkurang dari tujuh jam akibat peningkatan suhu.


Dalam kajian semasa, penyelidik mendapati dalam rutin hidup biasa, individu lebih dapat menyesuaikan diri dengan suhu luar lebih sejuk daripada keadaan yang lebih panas merentasi musim, demografi dan konteks iklim yang berbeza. -CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2022 05:12 PM | Show all posts
ya. demon pon tetengah malam bgn basah habis berpeloh.boleh mati cepat
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Hujan woi kat tempat aku, area Jln Tun Razak, semalam & arini.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 05:51 PM | Show all posts
In my own opinion la, I rasa negeri2 yg extreme panas, derang dah adapt lama dah macam buat tempat tidur luar rumah macam kat India tu.  Derang punya temp. pun panas terpaling 50 degrees.  Kat Australia pun similar concept, old houses ada bilik kat belakang tanpa dinding ada specific name tapi aku dah lupa.  Kat negeri erebs, they would in the morning, lepas tu balik, sambung balik kerja kat office malam.

So, orang europe ni, 26 degrees pun dah panas tak boleh buat kerja panas la bagai. mmmm je la.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 24-5-2022 05:51 PM
In my own opinion la, I rasa negeri2 yg extreme panas, derang dah adapt lama dah macam buat tempat t ...

lagu ni..kang mai..'orng minyak'...nahas la...
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 06:14 PM | Show all posts

o

Edited by mbhcsf at 24-5-2022 06:18 PM

bil air cond memang naik lah sejak 3-4 bulan lepas. Malaysia now is too hot lah...even in Kedah ye, time puase tu mmg panas...isk...kipas pun pakai tapi kipas circulates the heat from air bukannya cooling pun , udara sejuk tak alir pun..kena buka tingkap, bukak lelama nyamoq pulak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-5-2022 06:19 PM | Show all posts
mbhcsf replied at 24-5-2022 10:14 AM
bil air cond memang naik lah sejak 3-4 bulan lepas. Malaysia now is to hot lah...even in Kedah ye, t ...

u beli bende ni sis

u combine sekali dengan aircond.
cara guna dia :

a) On aircon macam biasa. set tempature macam biasa.
b) bila agak agak dah sejuk tu on kan kipas tower tu.
c) make sure kipas tu duduk depan aircon . kipas tu menghadap ke posisi kita.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 06:20 PM | Show all posts
rosedemon replied at 24-5-2022 09:12 AM
ya. demon pon tetengah malam bgn basah habis berpeloh.boleh mati cepat

i guna kipas tower brand mistral.kipas tu dia ada safety fius . cukup beberapa jam dia akan mati.
tetiba pukul 2 pagi bende tu mati sendiri.

mati i kepanasan sambil teringat dosa dosa yang lepas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2022 06:46 PM | Show all posts
gigahertz replied at 24-5-2022 06:19 PM
u beli bende ni sis

u combine sekali dengan aircond.

ooo i see...tower, cool man.thanks.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.044925 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list