View: 413|Reply: 0
|
[Dunia]
3 maut dron terhempas di Yaman
[Copy link]
|
|
Sanaa: Tiga maut, manakala tiga lagi cedera selepas 'dron pengintip' yang didakwa milik Arab Saudi terhempas di jalan raya di Sanaa, ibu negara Yaman pada Isnin, lapor Xinhua, memetik TV al-Masirah kendalian Houthi.
Dron itu terhempas di kawasan kejiranan yang padat penduduk, menyebabkan kematian dan kerosakan harta benda, menurut TV al-Masirah kendalian Houthi, memetik pihak berkuasa kesihatan tempatan.
Militan Houthi mendakwa dron itu bertujuan untuk mengintip dan sudah menembak jatuh dron milik pihak pakatan pimpinan Arab Saudi.
"Tentera udara kami sudah menembak jatuh dron itu. Perbuatan menggunakan dron dianggap sebagai melanggar gencatan senjata," kata jurucakap tentera militia,Yehya Sarea.
Setakat ini, pihak pakatan atau Kerajaan Yaman belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden itu.
Dalam tempoh dua minggu lepas, kumpulan Houthi mendakwa sudah menjatuhkan dua 'dron pengintip' di tengah-tengah gencatan senjata selama dua bulan bermula 2 April.
Pada Khamis, militan Houthi berkata pihaknya sedang mempertimbangkan permintaan utusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk melanjutkan gencatan senjata yang dijadual tamat pada 2 Jun.
Gencatan senjata itu menandakan kejayaan pertama dalam tempoh lebih tujuh tahun untuk menamatkan perang di Yaman yang sudah meragut puluhan ribu nyawa selain menyebabkan negara itu berada di ambang kebuluran.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|