|
Seorang pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) ditemui mati di dalam bilik asramanya, pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superitendan Rodzi Abu Hassan berkata polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut.
"Kami tidak membuat kesimpulan kematian mangsa akibat renjatan elektrik kerana laporan forensik masih belum selesai," katanya.
Foto: Harian Metro
Mangsa, Vinosiny Sivakumar, 21, yang merupakan seorang pelajar tahun dua perakaunan, ditemui mati di bilik asramanya pada Isnin.
Sebuah video yang dimuat naik di laman YouTube mendakwa mangsa meninggal dunia akibat renjatan elektrik.
Sementara itu, UUM merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Vinosiny.
UUM berkata pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat daripada Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar.
"Sebagai tanda keprihatinan, UUM akan meringankan beban mereka dengan menghulurkan bantuan sewajarnya kepada keluarga mangsa," kata UUM dalam satu kenyataan. - CARI
Sumber: The Star |
|