View: 590|Reply: 0
|
Kerjasama, hubungan seperti adik beradik tunjang kekuatan pelumba lebuh raya
[Copy link]
|
|
NUR Aiman Zariff memenangi pingat emas dalam acara lebuh raya individu lelaki di Sukan Sea Vietnam. FOTO Bernama
Hanoi: Ketua jurulatih skuad berbasikal lebuh raya negara, Datuk Ng Joo Ngan mengakui persefahaman antara pelumba dan pegawai pasukan membolehkan mereka berjaya di Sukan Sea Vietnam.
Dia mendedahkan punca pasukan negara bergelut untuk beraksi dengan baik pada Sukan Sea Manila 2019 adalah kerana perselisihan faham dan perbezaan pendapat antara ahli pasukan.
Joo Ngan yang juga tokoh disegani dalam sukan berbasikal di Malaysia, berkata dia gembira dapat membantu semua atlet mencapai kejayaan di Hanoi.
Skuad lelaki negara terlepas pingat bagi acara kriterium bangkit dengan memenangi perlumbaan lebuh raya individu menerusi Nur Aiman Zariff serta gangsa dalam ujian masa individu menerusi Nur Aiman Rosli.
Skuad wanita pula menggondol dua perak dalam perlumbaan lebuh raya individu menerusi Nur Aisyah Mohamad Zubir dan berpasukan menerusi Nur Aisyah, Siti Nur Adibah Akma, Nur Aisyah Munirah Chek Ramli dan Ju Pha Som Net.
Aisyah Zubir turut meraih gangsa dalam acara kriterium wanita.
"Seperti sedia maklum, pasukan negara tidak dapat memenangi sebarang pingat (dari lebuh raya) pada Sukan Sea lalu (2019).
"Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) meminta saya membantu melatih pasukan kali ini tetapi pada mulanya saya tidak begitu berminat untuk menggalas tugas itu.
"Tetapi kemudian presiden (PKBM) menghubungi saya dan bertanya sama ada boleh membantu membimbing pasukan dan membawa pulang pingat emas dari Vietnam.
"Saya bercakap dengan pengurus pasukan kebangsaan (2019) dan wakil dari Terengganu Cycling Team (TSG) dan Team Sapura Cycling untuk bertanya mereka mengenai apa yang berlaku di Manila 2019," katanya.
Menurutnya, semua orang menceritakan kisah sama (mengenai isu dihadapi di Manila) dan selepas berbincang dengan TSG dan Sapura, dia bersetuju menerima tawaran itu.
Katanya, dia gembira apabila kali ini seluruh pasukan bersatu dan hubungan semua ahli pasukan dari pegawai hingga pelumba semuanya sangat rapat.
"Semua orang seperti adik beradik dan kerana itu kami dapat memperoleh keputusan baik di Hanoi.
"Sudah tentu, saya sangat gembira kerana kami dapat membawa pulang satu emas, dua perak dan dua gangsa daripada acara jalan raya," katanya.
Ketika ditanya berkenaan statusnya sebagai jurulatih, Joo Ngan berkata, masih terlalu awal untuk menyatakan sama ada beliau akan kekal sebagai jurulatih untuk Sukan Sea Kemboja yang masih berbaki satu tahun itu.
Pelumba Malaysia turut cemerlang dalam acara berbasikal bukit di Hanoi apabila kuartet Ahmad Syazrin Awang Ilah, Zulfikri Zulkifli, Nur Assyira Zainal Abidin dan Natahsya Soon mencipta sejarah menjuarai acara cross country berpasukan campuran berganti-ganti.
Ia adalah kali pertama Malaysia memenangi pingat emas menerusi acara itu di Sukan Sea selepas hanya meraih perak dan gangsa.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... uatan-pelumba-lebuh |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|