View: 1869|Reply: 9
|
Pengarah Teknologi Maklumat Kementerian Terjun Tingkat Tujuh
[Copy link]
|
|
Seorang saintis berusia 55 tahun yang bekerja dengan Kementerian Teknologi dan Maklumat maut selepas terjun dari tingkat tujuh bangunan di Shastri Bhawan.
Mangsa, Rakesh Malik ditemukan di depan pintu nombor dua di bangunan yang menempatkan beberapa pejabat kementerian, lapor NDTV.
Gambar hiasan
Rakesh merupakan Pengarah Teknologi Maklumat di Pusat Maklumat Negara.
Timbalan Pesuruhjaya Polis New Delhi, Amrutha Guguloth berkata, sepasukan anggota polis dan ambulans bergegas ke tempat kejadian selepas menerima laporan insiden tersebut pada pukul 3.06 petang.
Jelasnya, pihaknya juga sudah mengenal pasti identiti mangsa dan siasatan lanjut masih dijalankan.
“Kita tidak menemukan sebarang nota bunuh diri dan ahli keluarganya juga tidak membuat sebarang dakwaan,” katanya.
Difahamkan, mangsa yang tinggal di Peeragarhi di barat Delhi, mempunyai seorang isteri dan dua anak perempuan.
Shastri Bhawan merupakan bangunan kerajaan yang dinamakan sempena nama Perdana Menteri India kedua, Lal Bahadur Shastri.
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
len kali tulis KEMENTERIAN INDIA kt tajuk... duhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
ingatkan kat Malaysia. dahlah sekarang kes membunuh diri semakin kerap |
|
|
|
|
|
|
|
Apa masaalahnya sampai dia bertindak macam tu |
|
|
|
|
|
|
|
tu lahhh
dh lh hr tu doctor
belum lg org awam
rupanya leluhur
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tulis macam tu takde pulak yang nak klik. Buat macam ni bukan sahaja dapat klik tapi dapat komen lagi, maki pun maki lah Kalau forummer sampai bergaduh lagi masyukkk
|
|
|
|
|
|
|
|
Apasal ramai org bunuh diri balik skg ni??.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah apsal berita India and Indonesia asik masuk forum ni? |
|
|
|
|
|
|
| |
|