CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1071|Reply: 8

[Politik] Muafakat Nasional kini 'tenat'

[Copy link]
Post time 24-5-2022 09:58 PM | Show all posts |Read mode
SEREMBAN: Kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bahawa kerjasama parti itu dengan Pas menerusi Muafakat Nasional (MN) kini berada  dalam keadaan ‘nyawa-nyawa ikan’, bukanlah sesuatu yang menghairankan.

Bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, kenyataan Ahmad Zahid tersebut merupakan realiti hubungan yang sedang berlaku di antara kedua-dua parti.

“Memang realitinya MN kini nyawa-nyawa ikan kerana respon antara kedua-dua pihak tidak berlaku, mesyuarat rasmi (MN) sudah lama tidak berlangsung, sejak sebelum saya keluar lagi.

“UMNO telah beberapa kali mohon untuk dibuat mesyuarat tetapi tidak dibuat. Sekarang baharu ada usaha untuk menghidupkan balik, maka tidak pelik sekiranya Ahmad Zahid menyatakan MN tinggal nyawa-nyawa ikan,” katanya.

Beliau yang merupakan Pengerusi Pengurusan Aset Air Berhad berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Pembinaan Loji Rawatan Air Ngoi-Ngoi Fasa 2 di Pantai, di sini hari ini.

Sebelum ini Ahmad Zahid menyifatkan MN dalam keadaan ‘nyawa-nyawa ikan’ dan soal masa depan kerjasama itu sewajarnya dibincangkan di peringkat jawatankuasa kedua-dua parti untuk diputuskan.

Sementara itu, Mohd. Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus berpandangan, MN ketika ini jelas sukar diselamatkan dan ia berpunca daripada sikap segelintir kepemimpinan termasuk Pas.

“Bagi saya (MN) amat sukar untuk diselamatkan, kerana sikap. Contohnya walaupun dua tiga pimpinan Pas menyebut mahu lagi MN tetapi mahu MN itu dalam kurungan (erti kata lain) tidak mahu bersama Ahmad Zahid, hanya mahu UMNO, badan tanpa kepala, itu realiti.

“Kenyataan pula, kenyataan yang tidak menggambarkan untuk berpakat, di atas mengajak pakat tetapi di bawah menyerang, jadi tidak kemana,” katanya lagi.

Bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas itu menambah, walaupun MN dilihat sukar untuk diselamatkan, tetapi masih ada ruang untuk melihat kerjasama di antara Pas dan UMNO terutama berkaitan rundingan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

https://www.utusan.com.my/nasional/2022/05/memang-mn-tinggal-nyawa-nyawa-ikan/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2022 11:36 PM | Show all posts
awatnyer tak, banyak sangat buddies , nak MN pi taja PN  etc then PRN lelepas siap kutuk main mengutuk so, apa  makna semua ni?
apa makna?elok dendiam je lah , tak payah bising, diam tu lebih baik, especially PAS.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 11:42 PM | Show all posts
Heheheheh, benda mmg dah expected dah tu

MUafalat Nasional nih agenda politik jer bukan agenda nak satukan ummah sgt pun..

Takat nak perguna hujah ISLAM TELAH DIHINA, benda tu nk elak bukan dgn lawan DAPIG tp dgn TEGAS NYATAKAN BERJUANG NAK UBAH PERLEMBAGAAN dlm PERKARA2 BERKAITAN.....

Takat lawan DAPIG xkan jadi apa selagi halangan utama adalah PERLEMBAGAAN x diubah...

DAPIG kalah pun isu seumpama kes INDIRA GANDHI dan LOH SIEW HONG akan tetap berulang, selagi PERLEMBAGAAN kekal seperti sedia kala
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 11:55 PM | Show all posts
Kata berkias retak mencari belah tapi yg ni, rajuk bawa bercerai.  Mana2 ajelah asal membahagiakan  kan?  PAS memang elok bersendiri dn lebih selamat tanpa gangguan memerintah K'tan.

Sayang Mek Nah jalang berlenggang, pergi ke kedai membeli sepatu
bagai sirih pulang ke gagang, aur dn tebih utuh bersatu
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 10:28 AM | Show all posts
kenapa dia kuar parti?
sekarang join mana2 or bebas dia ni?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2022 09:09 AM | Show all posts
Muafakat taik kucing yg dibina atas tohmahan dan fitnah mmg takkan kekal lama..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2022 09:28 AM | Show all posts
renko replied at 25-5-2022 10:28 AM
kenapa dia kuar parti?
sekarang join mana2 or bebas dia ni?

Kan dia bergocoh dgn TGHH isu kerjasama antara PN dgn MN...dia PRO MN, TGHH PRO PN
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2022 09:45 AM | Show all posts
axl_bach replied at 27-5-2022 09:28 AM
Kan dia bergocoh dgn TGHH isu kerjasama antara PN dgn MN...dia PRO MN, TGHH PRO PN

pastu sentap keluar parti?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2022 10:26 AM | Show all posts
renko replied at 27-5-2022 09:45 AM
pastu sentap keluar parti?

Bkn sentap, tp lebih kpd x setuju cara TGHH handle kerjasama dgn PN yg dikata x ikut tatacara parti dan perlembagaan parti, lebih kpd onemanshow....berbanding semasa nk kerjasama dgn MN yg melalui byk lapisan dan tapisan dari parti dan akar umbi serta lebih teratur
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.040471 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list