CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1834|Reply: 3

Anak Dedah Ibu Hidap Skizofrenia Tapi Tak Pernah Gagal Tunjuk Kasih Sayang

[Copy link]
Post time 25-5-2022 04:12 PM | Show all posts |Read mode



Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Begitulah keadaan yang dirasai oleh Imran Sheik yang tampil mendedahkan sikap ibunya yang penuh rasa cinta walaupun mengalami masalah kesihatan mental.



Imran menerusi bebenang di Twitter berkata, ada beberapa individu yang berpendapat dia tidak sepatutnya menceritakan kepada orang lain bahawa ibunya mempunyai masalah kesihatan mental.



Baginya, tidak ada salahnya apabila seseorang itu berhadapan dengan masalah kesihatan mental. Keadaan itu sama sahaja dengan mereka yang mempunyai masalah kesihatan fizikal.



Gambar Hiasan




"Saya berpendapat bahawa orang yang secara klinikal didiagnosis dengan penyakit mental mempunyai jenis kekuatan tertentu. Ia juga kelemahan mereka tetapi kelemahan itu boleh menjadi kekuatan apabila disalurkan dengan betul.



"Arwah ibu saya disahkan menghidap skizofrenia sedekad lalu. Dua kali saya pernah melihat gejala penyakit itu dan ia membuatkan saya trauma apabila melihat ibu ditahan polis untuk dihantar ke wad psikiatri. Melihat dia diikat di atas katil menghancurkan hati saya," tulisnya.



Mengenang kembali memori yang benar-benar menyentuh hatinya, kejadian 10 tahun lalu ketika ibunya diikat di katil dan dalam keadaan 'mamai' kerana di bawah pengaruh bius, Imran membawakan makanan yang jururawat sediakan untuk ibunya.



Gambar Hiasan




Sebaik sahaja jururawat berkenaan membuka tali pengikat, Imran meletakkan makanan tersebut di tepi katil ibunya bagi memudahkan ibunya untuk menjamah makanan tersebut.



"Namun, dia mengambil pinggan itu, mengambil makanan dengan tangannya dan cuba untuk menyuap saya sama seperti yang dia lakukan ketika saya masih bayi. Saya menangis. Bagaimanakah seseorang itu tidak mementingkan diri dan baik?



"Bagaimana mungkin seseorang dengan keadaan fizikal dan mental yang tidak sihat, yang sudah berhari-hati tidak makan masih mampu memancarkan kasih sayang itu. Kasih sayang seorang ibu tidak mementingkan diri sendiri. Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk anaknya tanpa mengira keadaan," luah Imran lagi.



Gambar Hiasan (Sumber Pa&Ma)




Menurut Imran, semalam, ibunya meninggal dunia dalam tidur. Pemergian ibunya turut merenggut separuh daripada jiwanya. Katanya, tidak dapat rasakan dirinya bukan lagi orang yang sama seperti sebelum ini.



"Saya tidak mungkin dapat berhenti daripada terus bersedih. Saya hanya mampu berdoa agar Allah merahmati rohnya dan memberikan tempat terbaik dunia akhirat. Saya doakan agar dia kembali bahagia dengan arwah ayah saya.



"Saya sayang awak, mama. Saya rindukan awak. Al-Fatihah," coretnya. -CARI











Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2022 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
"Saya sayang awak, mama. Saya rindukan awak. Al-Fatihah," coretnya.


Ala...terus potong
Mak sndiri guna 'awak'???

Not for me

But...but
Ayat2 kt ats mmg menyentuh perasaan
Klu mak x sihat pun kita rs sedih
Ni kn plk in that kind of state


Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2022 04:32 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 29-8-2022 11:07 PM
"Saya sayang awak, mama. Saya rindukan awak. Al-Fatihah," coretnya.

ni direct translation ni sebab tuan post tulis in english...

i love u, mom...
bila translate bodo direct gila - saya cintakan kau/ awak/ kamu, mak...

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2022 02:18 PM | Show all posts
Sayangilah ibu anda selagi kita bernyawa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 09:45 PM GMT+8 , Processed in 2.911298 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list