View: 740|Reply: 5
|
Biri-biri Dipenjara Kerana 'Bunuh' Wanita
[Copy link]
|
|
Seekor kambing biri-biri jantan dihukum penjara tiga tahun kerana menyerang dan menanduk seorang wanita di Sudan Selatan hingga menyebabkannya meninggal dunia.
Media tempatan melaporkan, pemilik haiwan itu juga diarahkan oleh sebuah mahkamah di bandar Rumbek untuk memberikan lima ekor lembu kepada keluarga mangsa sebagai ganti rugi.
Kredit foto: LADBible
“Pihak berkuasa di negeri Lakes tersebut bertindak ‘menahan’ kambing biri-biri itu setelah ia membunuh wanita berkenaan minggu lalu,” menurut laporan Sudan Today.
Hasil siasatan mendapati punca kematian warga emas itu disebabkan oleh haiwan itu menanduk dada mangsa beberapa kali.
Di bawah undang-undang negeri itu, mana-mana haiwan peliharaan yang menyebabkan kematian individu akan diserahkan sebagai ganti rugi kepada keluarga mangsa.
Sumber: Sinar Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Ada lagi biri-biri panas baran rupanya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat filem pasal biri-biri ganas. Black sheep ke apa ntah tajuknya. |
|
|
|
|
|
|
|
sehari je dalam penjara
esoknya jadi kambing golek |
|
|
|
|
|
|
|
biri perap anyone? ahahahah |
|
|
|
|
|
|
|
Buat korban Hari Raya haji dh la..sia2 duk dlm penjara 3 tahun. keluar nanti dh tua daging pun dh liat tak sodap. Kulit je lah boleh buat henbeg sheep skin |
|
|
|
|
|
|
| |
|