CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 897|Reply: 16

[Tempatan] ‘RM13 juta sumbangan bina masjid, sekolah tahfiz, bukan rasuah projek MyEG’

[Copy link]
Post time 26-5-2022 09:34 AM | Show all posts |Read mode
Edited by rashiman at 26-5-2022 09:36 AM








BERITA

‘RM13 juta sumbangan bina masjid, sekolah tahfiz, bukan rasuah projek MyEG’

Diterbitkan:  May 25, 2022 6:34 PM
Dikemaskini: 6:34 PM


Wang RM13 juta yang disumbangkan seorang ahli perniagaan kepada Yayasan Akalbudi (YAB) bukan rasuah, sebaliknya bagi membangunkan masjid dan sekolah tahfiz di Bagan Datuk, Perak, kata bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid, 69, memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau juga tidak pernah menjanjikan apa-apa projek MyEG kepada ahli perniagaan itu, Junaith Asharab Md Shariff, yang juga pemborong tekstil, sebagai balasan kepada sumbangan tersebut.
Ini kerana kerana MyEG bukan di bawah kendalian Kementerian Dalam Negeri (KDN) tetapi di bawah Kementerian Kewangan, katanya.
Bekas menteri dalam negeri itu berkata sumbangan menerusi 23 cek (berjumlah RM13 juta) oleh syarikat Mastoro Kenny IT Consultant & Services dimasukkan ke dalam akaun pelanggan Tetuan Lewis & Co dan fakta itu disahkan oleh Junaith Asharab yang juga saksi pendakwaan ke-36 ketika beliau memberi keterangan di mahkamah.

"Pihak pendakwaan sendiri tidak pernah mengemukakan apa-apa keterangan atau bukti di mahkamah yang menunjukkan terdapat apa-apa cadangan atau bukti yang menyatakan saya menjanjikan projek-projek tersebut kepada Junaith Asharab.
"Malah, keterangan Junaith Asharab sendiri juga sangat jelas menyatakan bahawa cek-cek tersebut merupakan sumbangannya untuk pembinaan masjid dan sekolah tahfiz di Bagan Datuk," katanya.
Ahmad Zahid berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksi, semasa membela diri atas 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya melibatkan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram, membabitkan berpuluh-puluh juta ringgit dana milik YAB.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata sebelum ini Junaith Asharab memberikan keterangan di mahkamah dengan menyatakan bahawa: “Saya dari keluarga yang terkenal. Keluarga mertua saya kaya raya.”
"Saya juga telah dimaklumkan bahawa Junaith Asharab adalah seorang India muslim yang datang daripada keluarga yang sangat kaya yang kemampuan beliau melampaui kemampuan orang-orang biasa. Saya juga difahamkan bahawa beliau mempunyai satu kemudahan dari segi wang ringgit untuk disumbangkan kepada mana-mana pihak yang diingini.
"Saya juga dimaklumkan bahawa Junaith Asharab turut menyumbang ke atas pembinaan sebuah masjid di India yang tulisan 30 juzuk ayat-ayat Al-Quran pada masjid tersebut dibuat daripada emas dan perkataan 'Bismillah' di permulaan setiap surah dibuat daripada berlian," katanya.
Selain itu, Ahmad Zahid menafikan bahawa beliau menerima rasuah RM250,000 daripada Junaith Asharab kerana wang tersebut adalah pinjaman yang diberikan kepada adiknya, Datuk Seri Nasaee.
"Berdasarkan keterangan yang diberikan oleh Junaith Asharab semasa di peringkat pendakwaan di mahkamah, cek itu adalah pinjaman yang diberikan kepada adik saya (Nasaee). Saya tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan cek ini dan saya tidak mempunyai pengetahuan bahawa cek ini adalah pinjaman kepada adik saya.
"Saya tidak mempunyai pengetahuan peribadi berkenaan pinjaman ini dan apa-apa kaitan dengan cek ini. Saya juga tidak mempunyai pengetahuan bahawa cek ini adalah pinjaman kepada adik saya," katanya yang mengenali Junaith Asharab sejak 2016 melalui Nasaee.
Bagi pertuduhan rasuah, Ahmad Zahid didakwa dengan lapan pertuduhan menerima suapan daripada tiga syarikat iaitu Mastoro Kenny IT Consultant & Services, Data Sonic Group Berhad dan Profound Radiance Sdn Bhd sebagai dorongan untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri ketika itu bagi membantu syarikat-syarikat berkenaan mendapatkan projek MyEG, membekalkan cip pasport, dan dilantik sebagai pengendali pusat sehenti visa migran, masing-masing di Pakistan dan Nepal.
Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di cawangan Maybank Dataran Maybank di Jalan Maarof, Bangsar, antara 15 Julai 2016 dan 15 Mac 2018.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.
- Bernama






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2022 09:41 AM | Show all posts
tu projek terbekalai kat tnb  laluan bagan datoh tu termasuk dalam sumbangan ni ke.
nasib skrg dah ada tol teluk intan. tak yah nk lalu pekan sendu simpang ampat bagan datoh lagi.

india je ramai kat area pekan.. org melayu ramai tinggal kat kampung sungai sumun / hutan melintang
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2022 10:06 AM | Show all posts
ada lagi ker yang percaya tuturkata si lidah biawak ni..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2022 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Babikkkkkk leeee
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2022 10:20 AM | Show all posts
hahahahahahahahahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2022 10:37 AM | Show all posts
Edited by tripleid at 26-5-2022 11:56 AM

bijak cara wak cuci2 duit ye..duit haram masuk akaun yayasan,keluar je terus halal suci murni boleh wat joli sana sini








Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-5-2022 10:44 AM | Show all posts
Kahkahkah bengap cacai jah yang percaya dgan pengkhianat ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2022 10:49 AM | Show all posts
kelana36 replied at 26-5-2022 10:06 AM
ada lagi ker yang percaya tuturkata si lidah biawak ni..

ada...TT la salah sorang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2022 11:24 AM | Show all posts
Pelik kan, nak derma untuk buat masjid dan sekolah tahfiz, duit kena masuk yayasan akal body dulu..
kenapa tak masuk ke accaount masjid tu direct jer..  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2022 11:31 AM | Show all posts
kelana36 replied at 26-5-2022 10:06 AM
ada lagi ker yang percaya tuturkata si lidah biawak ni..

tunggu keputusan mahkamah....
jika dibebaskan ,bermakna yang arif percaya tuturkatanya serta bukti yg dikemukakannya.....
dan berpeluang jadi PM next PRU...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2022 11:36 AM | Show all posts
kelana36 replied at 26-5-2022 11:24 AM
Pelik kan, nak derma untuk buat masjid dan sekolah tahfiz, duit kena masuk yayasan akal body dulu..
...



tak pelik, itu perkara biasa dlm negara kita, nak derma direct kat masjid atau sekolah tahfiz pun boleh atau nak derma kat Yayasan atau badan2 amal yg lain pun boleh yg mengagihkan sumbangan utk bina masjid dll bantuan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2022 12:32 PM | Show all posts
Kalau niat tu lurus, dia akan arahkan kawan tu bank in teruih dalam akaun semejid, bukan masuk akaun pihak ke-3.

Asal boleh jer kan? Matlamat tak menghalalkan cara.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2022 02:33 PM | Show all posts
airfilterkotor replied at 26-5-2022 12:32 PM
Kalau niat tu lurus, dia akan arahkan kawan tu bank in teruih dalam akaun semejid, bukan masuk akaun ...



itu hak diorang, nak derma kat semejid ke, nak derma kat Yayasan ke....nak derma kat badan2 amal ke, nak derma kat uncle kentang fund ke, ebit Liew Fund ke...tolong uruskan derma mereka kat semejid2....terserah kpd penderma...
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2022 03:59 PM | Show all posts
Derma tapi with condition sekian sekian.

Bongok tak?
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2022 04:00 PM | Show all posts
Okay jer sambil angguk-angguk tanda setuju tidak berbelah bahagi.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2022 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Bedevah sungguh la ponogoro ni. Sumbat je le semak. Petualang negara masukkan pati, perasuah,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2022 07:18 AM From the mobile phone | Show all posts
cashewnut replied at 26-5-2022 09:08 PM
Bedevah sungguh la ponogoro ni. Sumbat je le semak. Petualang negara masukkan pati, perasuah,

Lagi bedebah org2 yg sokong dia...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.137717 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list