CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 638|Reply: 0

Chong Wei yakin Zii Jia mampu nombor satu dunia

[Copy link]
Post time 26-5-2022 10:55 AM | Show all posts |Read mode

Jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia. - Foto ihsan FB BAM.

KUALA LUMPUR: Bukan sesuatu yang mustahil buat jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia untuk tampil dengan status sebagai pemain nombor satu dunia sekali gus menjadi pilihan utama pada Sukan Olimpik Paris 2024.

Semalam, kedudukan ranking dunia pemain berusia 24 tahun itu naik satu anak tangga di tempat kelima, terbaik dalam kerjayanya setakat ini.

Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei percaya kedudukan itu dijangka berubah dengan dia sekurang-kurangnya mampu berada dalam kelompok tiga terbaik dunia menjelang Olimpik Paris.

"Kalau tengok prestasi semasanya, untuk dia berada dalam kelompok tiga terbaik dunia bukan satu masalah malah peluang untuk menjadi pemain nombor satu dunia juga ada. Saya lihat prestasinya semakin meningkat, permainanya juga semakin matang dan dia lebih bersabar.


"Beberapa kejohanan terakhir ini kita dapat lihat yang dia begitu bersemangat. Selepas dia keluar daripada BAM (Persatuan Badminton Malaysia), saya percaya dia tahu apa yang dia mahukan.

"Cuma, apa yang paling penting sekarang adalah bagaimana dia mahu kekalkan prestasinya itu sehingga bermula peringkat kelayakan (1 Mei 2023 hingga 28 April 2024) dan seterusnya Olimpik 2024.

"Saya fikir untuk layak ke Olimpik bukan lagi masalah tetapi apa yang perlu difikirkan adalah untuk mendapat kedudukan selaku pemain pilihan yang baik. Ia penting bagi meningkatkan peluangnya untuk memenangi pingat.

"Dia ada pasukan sokongan yang baik dan saya pasti mereka akan bantu Zii Jia dalam persiapannya menghadapi Olimpik 2024," kata Chong Wei yang pernah menjadi pemain nombor satu dunia selama 349 minggu termasuklah 199 minggu berturut-turut dari 21 Ogos 2008 hingga 14 Jun 2012.

Jaguh Denmark, Viktor Axelsen kekal menduduki ranking pertama dunia ketika ini diikuti bintang Jepun, Kento Momota di kedudukan kedua manakala Anders Antonsen (Denmark) dan Chou Tien Chen masing-masing kekal di tangga ketiga dan keempat.

Zii Jia pula di kedudukan kelima yang menyaksikan dia memintas kedudukan pemain perseorangan lelaki Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting yang jatuh di tangga keenam.

Selepas meninggalkan BAM pada Januari lalu bagi bergerak secara profesional, pemain dari Alor Setar itu dibimbing jurulatih dari Indonesia, Indra Wijaya sambil dibantu beberapa kakitangan sokongan termasuklah fisioterapi, Sandra Fiedler yang turut memainkan peranan penting dalam kerjaya Chong Wei sebelum ini.

Dia kini dilihat berada di landasan tepat bagi menakluki dunia berdasarkan peningkatan prestasinya dengan merekodkan dua kejuaraan berturut-turut selepas mengungguli Kejohanan Badminton Asia (BAC) awal bulan ini dan menjuarai Terbuka Thailand, Ahad lalu.

Juara Seluruh England 2021 itu turut beraksi cemerlang ketika bersama skuad negara dalam saingan Piala Thomas dua minggu lalu apabila menang semua perlawanan termasuk menewaskan bintang sensasi Jepun, Kento Momota dan juara Seluruh England, Lakshya Sen dari India.

Dia juga membantu skuad negara menjuarai Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) pada Februari lalu.
https://www.bharian.com.my/sukan ... u-nombor-satu-dunia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 12:18 AM GMT+8 , Processed in 0.603430 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list