View: 760|Reply: 6
|
[Jenayah]
Gelandangan cederakan wanita dipenjara enam bulan
[Copy link]
|
|
Gambar Fail. Gelandangan yang ditahan polis sebelum ini.
Gelandangan cederakan wanita dipenjara enam bulan
KLANG – Seorang lelaki gelandangan dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas kesalahan mencederakan seorang wanita sehingga parah, minggu lalu.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, hukuman ke atas tertuduh berusia lingkungan 40-an itu diputuskan oleh Majistret P. Sarulatha hari ini.
“Lelaki berkenaan didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan cedera parah kepada mangsa.
“Dalam prosiding bermula pukul 9.30 pagi itu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama enam bulan ke atas tertuduh,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang wanita cedera di muka dan kepala apabila diserang seorang gelandangan dalam cubaan samun di sebuah pusat beli belah di sini pada 18 Mei lalu.
Suspek berusia 40-an itu kemudiannya berjaya ditahan di Jalan Tiara Bandar Baru Klang di sini, kira-kira pukul 5 petang, Ahad lalu. – KOSMO! ONLINE
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/05 ... penjara-enam-bulan/
|
|
|
|
|
|
|
|
dapat la tempat tinggal free selama 6 bulan..makan minum sekali pakej...hehe |
|
|
|
|
|
|
|
memang sengaja nak masuk penjara kot..
dapat la makan minum tido free lama sikit.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sslepas ni bergelar banduan pula |
|
|
|
|
|
|
|
patut dia merayu lah hubungan yang lebih berat atas alasan dia tidak perlu menjaga ibu yang sakit etc. One whole year will be nice kot.
|
|
|
|
|
|
|
|
ni ke yang tiba tiba cungkil mata mangsa hari tu? baju ape dia pakai baju pesakit mental ke?kalau sakit mental tak kebal pulak |
|
|
|
|
|
|
|
wahh untunglah dpt tmpt tido fre..mkn minum free |
|
|
|
|
|
|
| |
|