CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1198|Reply: 9

[Tempatan] Orang dewasa juga dijangkiti HFMD

[Copy link]
Post time 27-5-2022 10:20 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Individu dewasa berisiko dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) walaupun kes yang direkodkan lebih membabitkan golongan kanak-kanak.

Pakar Perubatan Kesihatan Komuniti Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, HFMD sudah dianggap pandemik dan sentiasa berada di persekitaran masyarakat sepanjang masa.

Menurutnya, jika penularan tidak terkawal ia bukan saja mudah menjangkiti kanak-kanak malah individu dewasa juga berisiko berdepan masalah sama.

"Ada individu dewasa yang menganggap simptom HFMD seperti demam, selesema, batuk dan ruam sebagai penyakit biasa yang tidak memerlukan rawatan khusus.

"Ini menyebabkan ada yang keluar dan berada di lokasi awam untuk menjalani aktiviti harian tanpa sedar mereka adalah pembawa penyakit berjangkit itu.

"Ruam pada bahagian tangan, kaki dan mulut pula dianggap infeksi penyakit kulit biasa sedangkan ia berkemungkinan HFMD," katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata, jangkitan HFMD yang meningkat mendadak sejak beberapa minggu lalu boleh terus konsisten jika langkah pencegahan tidak diambil.

Katanya, penutupan sekolah dan langkah pengasingan perlu dibuat agar penularan dalam kalangan masyarakat dapat dihentikan.

"HFMD ini berisiko menyebabkan serangan pada jantung, paru-paru, otak dan selaput otak sehingga boleh menyebabkan maut.

"Masyarakat harus berjaga-jaga dan mengambil serius peningkatan penularan penyakit ini kerana ia tidak mempunyai ubat khusus," katanya.

Selasa lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumla kes HFMD di negara meningkat sebanyak 20 kali ganda dengan 47,209 kes dilaporkan setakat 21 Mei lalu berbanding hanya 2,237 kes bagi tempoh sama tahun lalu dengan Selangor merekodkan kes tertinggi.

Majoriti lokasi penularan wabak berlaku di taska, tadika dan prasekolah iaitu 711 wabak atau 61 peratus daripada kes keseluruhan, diikuti rumah persendirian dengan 407 wabak atau 35 peratus dan pusat jagaan kanak-kanak 42 wabak atau tiga peratus.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/05/845834/individu-dewasa-berisiko-dijangkiti-hfmd





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2022 10:33 AM | Show all posts
Ni most parents tahu dah, kalau ada anak2 yg school going.  My officemate dulu, mula2 anak yg kecil kena dari tadika then jangkit kat abang kakak terus bapanya sekali.

OT:  pagi tadi dengar radio, confirm lah gambar yg dok viral kata budak tu kena monkeypox tu sebenarnya kena HFMD ni, 3 years old tapi teruk infection kena.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2022 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 27-5-2022 10:33 AM
Ni most parents tahu dah, kalau ada anak2 yg school going.  My officemate dulu, mula2 anak yg kecil  ...

ape beza punca dan cara jangkitan hfmd ngan nyetpox tu eh?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2022 12:27 PM | Show all posts
Sat ni yg dok perlekeh kaedah pencegahan monkeypox tu kalau sedar mara ada kena HFMD, terviral laa pulak tu rekayasa hasil dari kawan-kawan dok ngata monkeypox.

Itu jam baru tau betapa tingginya awan larat di langit biru.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2022 12:44 PM | Show all posts
bakingsoda replied at 27-5-2022 11:44 AM
ape beza punca dan cara jangkitan hfmd ngan nyetpox tu eh?

Different type of virus.  Macam monkeypox ni virus dr hewan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2022 01:02 PM | Show all posts
Kawan Iols ada kena HFMD. Kakak tu umur dah 45 tahun ya. xtau jangkitan dpt kat mana. anak x kena.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2022 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
vaksin chicpox tu kalau dah ambik blh prevent monkeypox x
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2022 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
monreyes replied at 27-5-2022 01:38 PM
vaksin chicpox tu kalau dah ambik blh prevent monkeypox x

Xboleh rasanya sbb berlainan virus family
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2022 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
monreyes replied at 27-5-2022 01:38 PM
vaksin chicpox tu kalau dah ambik blh prevent monkeypox x

Monkeypox virus ni dia sedara virus smallpox so vaccine smallpox boleh guna.  I baca kat FMT kr manatah tadi Dr. Ni bgtau smallpox vaccine stopped kat Malaysia in early 1970s sebab dah eradicated worldwide.  So kalau u above 50 yrs old maybe u sudah divax masa kecik2.  Yg bawah 50 all the best je le.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2022 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 27-5-2022 06:56 PM
Monkeypox virus ni dia sedara virus smallpox so vaccine smallpox boleh guna.  I baca kat FMT kr ma ...

my doter yg kecik ada ambik vaccine chickenpox be4 tadika..masa tu quite new juga..kkk n abang dia kena chicken pox teruk juga..dia kena sikit je..risau juga kalau berjangkit kat skolah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 03:45 AM GMT+8 , Processed in 0.038327 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list