View: 956|Reply: 7
|
Pengasuh Taska Cakar Muka, Pukul Bayi 11 Bulan
[Copy link]
|
|
Melaka: Seorang pengasuh Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, hari ini, atas pertuduhan menganiaya seorang bayi perempuan berusia 11 bulan dengan cara mencakar pipi dan memukul tubuh mangsa, minggu lalu.
Tertuduh, Nabilah Md Johan, 27, dari Kampung Tedong, Merlimau, di sini, mengangguk faham sejurus dibacakan pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nariman Badruddin, namun tidak mengaku tidak bersalah serta meminta dibicarakan.
Berdasarkan pertuduhan, dia sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan iaitu guru atau pengasuh didapati menganiaya bayi terbabit berusia 11 bulan ketika kejadian dengan cara mencakar pipi sebelah kiri dan memukul badan mangsa dengan tangan.
Foto: Harian Metro
Kesalahan itu didakwa dilakukannya di Taska Ummi Ana, No 43, Jalan Sri Emas 25, Taman Seri Telok Emas pada 18 Mei lalu, kira-kira 5.30 petang hingga jam 5.45 petang.
Bagi kesalahan itu dia dituduh mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya N Sivashangari yang menjalankan pendakwaan mencadangkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tidak boleh mengganggu mangsa.
Peguam bela, Ab Kadir Ismail yang mewakili tertuduh bagaimanapun membantah jumlah jaminan ditawarkan.
"Jumlah jaminan yang ditawarkan terlalu tinggi, mohon mahkamah menetapkan jumlah jaminan yang munasabah.
"enjamin adalah ibu tertuduh sendiri," katanya.
Selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak, Nariman menetapkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin serta syarat tertuduh tidak mengganggu saksi pendakwaan dalam apa juga keadaan sehingga perbicaraan selesai.
Mahkamah kemudian menetapkan 23 Jun depan untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan perubatan mangsa dean serahan dokumen. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dah tau tahap kesabaran tu tak ada, jangan la jadi cikgu or pengasuh..
cari je la kerja lain.. |
|
|
|
|
|
|
|
bodohnya lahai..ni yg watkan iollss makin kuat nak benti keje lepas bersalin anak no 3 hjg tahun ni..xbleh blah la |
|
|
|
|
|
|
|
Ada masaalah mental ler tu |
|
|
|
|
|
|
|
Apa tapisan yg pihak taska ni buat masa nak ambik pengasuh? Main ambik asalkan ada orang nak keje je ke? Harap2 taska berdaftar. |
|
|
|
|
|
|
|
iols dulu nak hantar tadika selain ambil kira yuran, dalam fikiran nak cari yg tadika yg cikgunya muda2 macam tak kahwin, sebab fikir mesti diorg takut2 nak dera budak,
tapi ni cikgunya muda lagi dah memandai pukul baby |
|
|
|
|
|
|
|
Oh kali ini bukan gemuk gundu 100kg. |
|
|
|
|
|
|
| |
|