CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 433|Reply: 1

Lelaki Paut Cermin Sisi Lori Bergerak Kurang Siuman

[Copy link]
Post time 27-5-2022 01:00 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki berpaut pada cermin sisi sebuah lori bergerak di Jalan Semporna-Kunak sehingga insiden itu tular di media sosial sejak kelmarin dipercayai mengalami masalah mental.


Ketua Polis Daerah Semporna Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, suspek warga asing berusia lingkungan 30-an itu ditahan, 4.50 petang semalam.




Tangkap layar aksi lelaki kurang siuman bergayut pada bahagian hadapan sebuah lori yang tular di media sosial. Nstp / Media sosial.




Beliau berkata, pihaknya sebelum itu menerima maklumat dan aduan awam berkenaan seorang lelaki kurang siuman mengganggu ketenteraman awam yang membaling batu kearah kenderaan yang melalui Jalan Sungai Sipit Semporna - Kunak.


"Susulan itu, sepasukan anggota dalam tugas ronda cegah jenayah bergegas ke lokasi kejadian dan menahan suspek yang ketika itu berbaring di atas jalan raya.


"emeriksaan awal mendapati lelaki itu mengalami luka pada bahagian kepala sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan," katanya menerusi kenyataan media.


Mengulas lanjut, Mohd Farhan berkata, siasatan lanjut mendapati suspek adalah individu sama yang dirakam menerusi dua video masing-masing berdurasi 22 saat dan satu minit 31 yang tular baru-baru ini.


"Suspek kini ditahan reman empat hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 8(1)(e) Ordinan Kesalahan Kecil Negeri Sabah sebelum dirujuk ke Bahagian Psikiatri Hospital Semporna untuk tindakan susulan," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2022 04:27 PM | Show all posts
Macam mana boleh terlepas dari pemantauan ni kan ke boleh membahayakan dirinya juga orang lain
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 02:56 AM GMT+8 , Processed in 0.104094 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list