Seorang juruterbang syarikat Wizz Air menunjukkan kemarahannya di dalam pesawat kerana penerbangannya ditangguhkan kira-kira tujuh jam di Lapangan Terbang Gatwick, England baru-baru ini.
Juruterbang Wizz Airt dilaporkan menjerit: "Saya tidak perlukan ini".
Kredit foto: The Independent
Dia berkata demikian menerusi interkom atau sistem perhubungan kepada para penumpang pesawat tersebut.
Ketika kejadian, pesawat itu dijadualkan berlepas dari lapangan terbang itu ke Cyprus.
Penumpang juga diberitahu bahawa pesawat itu tidak akan terbang ke bandar Larnaca, Cyprus jika mereka memutuskan untuk turun dari pesawat.
Bagaimanapun jurucakap Wizz Air berkata: “Wizz Air dengan ikhlas memohon maaf atas kesulitan yang disebabkan penerbangan W95749 yang tertunda dari Gatwick ke Larnaca."
Menurut jurucakap itu, kelewatan tersebut disebabkan isu kawalan trafik udara di Gatwick.
Sumber: Sinar Harian |