BAB 18
Aku rebahkan badan ke ataskatil.Sekarang..aku menyewa di rumah rakan sekerja aku.Tepat pada masanya akukeluar daripada rumah Ren.Hujung bulan!Nasib baiklah bilik kosong tu memangsudah tersedia.Sudah aku ambil keputusan untuk keluar daripada rumah Ren.Pagitadi,sempat aku bersalaman dengan Mak Ati.Terkejut Mak Ati melihat aku keluardaripada bilik dengan beg pakaian.Tapi Ren?Tak pula aku jumpa.Mungkin dia sudahkeluar.Mungkin dia masih tidur.Mungkin dia masih marahkan aku.Mungkin..Atau akusendiri yang memang berharap tak nak jumpa lagi dengan dia.
“Lu tak ada boyfriend ke?”soalRen.
Aku ketawa.Wajahnya aku kerlingsekilas.
“Boyfriend?Buang masa aku aje”.
Ren mencebik.
“Apasal?Lu tak minat samalelaki?”.
“Bukan..cuma aku tak jumpa lagidengan orang yang sesuai.Lagipun,aku muda lagilah..”
“Umur dah 25 tahun,lu kata lu mudalagi..”
Aku mencebik.
“Sekurang-kurangnya,aku taklahmacam kau.Umur dah 27 tahun pun tak ada aweks”.
“Eh..sape kata gua tak adaaweks?”.
Aku tersentak.
“Kau dah ada aweks?”.
“Adalah!Apa?Ingat muka gua ni taklaku ke?”soal Ren.Aku terdiam.Air liur aku teguk perlahan.Dia dah ada aweks rupanya.Ahh..biarlah kalau dia dah ada aweks pun,apa kena mengena denganaku?Soal hati kecil aku.
“Sape awek kau?AKu tak pernahnampak pun..”
“Lu lah..”
Ren ketawa kuat apabila dapatmengenakan aku.Aku mendengus,namun aku terasa macam ada satu perasaan lega yangmuncul di dalam hati aku.
“Aku kalau nak cari boyfriend,akutakkan cari boyfriend yang panggil aku lu”.
“Habis lu nak gua panggilapa?Darling,ling ling,baby,babe,sayang,muah,manje,bucuk-bucuk.Cakap aje.Gua takada hal.Gua universal”.
Aku terdiam.
“Boyfriend aku tak merokok okey”.
“Lepas lu jadi aweks gua,gua hentihisap rokok”.
Aku mendengus.
“Kalau nak berhenti hisaprokok,berhenti sebab diri sendiri.Bukan sebab orang lain”.
“Tapi tak salah kan,kalau gua nakjadikan lu sebab untuk gua berhenti merokok”.
“Aku tak suka boyfriend akubertindik sana sini”.
“Ini”Ren pegang telinganya.
“Ini kesan dia okey.Gua dah lamadah tak bertindik”.
“Aku nak boyfriend aku bolehbimbing aku ke jalan kebaikan”.
“Pernah ke gua suruh lu buat bendatak elok selama ni?”soal Ren.Aku terdiam sejenak.
“Aku nak boyfriend aku pandai bacadoa”.
“Gua pandai baca doa apa.Doamakan!”Ren ketawa.Aku mendengus.
“Soal agama bukan main-mainRen”ucap aku tegas.Ketawa Ren mati.
“Lu janganlah fikir,gua macamni,gua tak tahu hukum hakam.Gua tahu,lu pandang hina pada gua.Yelah..guabertindik,gua pakai macam ni.Lu boleh fikir yang bukan-bukan pasal gua.Tapi,guakenal diri gua.Kalau lu bagi gua masa,gua yakin gua boleh jadi lelaki yang baikuntuk lu.Lagi,apa lagi yang lu tak puas hati pasal gua?
Aku terdiam.Apa lagi yang aku takpuas hati dengannya.Rambutnya?Pakaiannya?Sudah boleh aku terimalama-kelamaan.Malah perangainya itu pun sudah aku boleh terima.Bahasanya?Lugua..walaupun tipikal,namun aku boleh terima.
“Lu tak bagi hati lu..guacuri”getus Ren tiba-tiba.
Aku ketawa.
“Kau ni memang dasar perompakkan?”.
“Suka hati lu nak cakapapa.Dulu..gua tak dapat apa-apa dari lu.Sekarang..gua nak hati lu.Lu nak bagike tak nak bagi ke,gua tak peduli.Yang pasti,hati lu tu dah ada nama gua.Janganlu gatal-gatal nak bagi dekat lelaki lain”.
Entah kenapa,tiba-tiba aku teringatkan kembali perbualan antara aku dengan Ren.Walaupun baru duahari aku tak berjumpa dengan Ren,tidak mendengar suaranya,aku sudah mularindu.Yap!Aku dah mula rindukan dia.Rindukan ayatnya yang kasar.Rindukanwajahnya.Rindukan senyumannya.Rindukan kata sinisnya. Aku mengeluh.Gila!Aku pasti akusudah gila!Baik aku pejam mata dan tidur.Itukan lebih baik?
aerolit_gurlz ^-^ |