View: 334|Reply: 0
|
[Tempatan]
Cara Barat urus krisis Ukraine-Rusia boleh cetus Perang Dunia Ketiga
[Copy link]
|
|
Tun Dr. Mahathir.
Cara Barat urus krisis Ukraine-Rusia boleh cetus Perang Dunia Ketiga
PUTRAJAYA – Tindakan Barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS) membantu Ukraine dalam krisis dengan Rusia dibimbangi bakal mencetuskan Perang Dunia Ketiga.
Amaran itu disuarakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika berkongsi pandangannya pada hari kedua persidangan Nikkei – Masa Depan Asia di Tokyo, Jepun hari ini.
Veteran politik itu turut melahirkan kebimbangan penawanan Rusia ke atas Ukraine juga berpotensi membawa kepada risiko satu lagi siri perang dunia yang baharu.
“Saya sebenarnya khuatir kerana kebanyakan perang sebelum ini ada kecenderungan untuk bermula dari skala kecil sebelum berkembang besar untuk menjadi perang dunia,” katanya.
Persidangan edisi ke-27 itu merupakan acara tahunan sejak 1995 anjuran akhbar kewangan ternama Jepun, Nikkei yang mengungkap suara pemimpin Asia dalam pelbagai isu semasa.
Acara tersebut turut menjadi tumpuan dunia kerana dianggap mengimbangi pengaruh suara Barat dalam World Economic Forum berpusat di Geneva, Switzerland yang wujud sejak 1971.
Mengulas lanjut, Mahathir turut mengkritik Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang masih membekalkan senjata kepada Kyiv tetapi ‘berlakon baik’ tidak terlibat dalam krisis itu.
“Langkah ini membuka risiko dan menekan Rusia untuk bertindak melancarkan perang lebih besar yang berpotensi akan membabitkan banyak negara lain pula selepas ini,” tambahnya. -KOSMO! ONLINE
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/05 ... erang-dunia-ketiga/
|
|
|
|
|
|
|
| |
|