View: 568|Reply: 1
|
[Tempatan]
Semakan arah kiblat boleh dibuat petang esok - Mufti Selangor
[Copy link]
|
|
Semakan boleh dibuat dengan menggunakan sebarang objek lurus dan tegak yang berada di sekitar. Tempoh masa semakan bayang bermula pukul 5.10 petang hingga 5.35 petang. - Gambar fail
SHAH ALAM: Semakan ketetapan arah kiblat khususnya di kediaman masing-masing boleh dibuat esok, bermula pukul 5.10 petang hingga 5.35 petang susulan peristiwa Istiwa A'dzam.
Mufti Selangor Datuk Anhar Opir berkata Istiwa A'dzam yang akan berlaku pada 5.18 petang esok merupakan satu peristiwa yang kedudukan matahari akan berada tepat di atas Kaabah, dan masyarakat di Selangor berpeluang membuat semakan arah kiblat yang tepat dengan menggunakan bayang daripada objek yang tegak.
"Semakan boleh dibuat dengan menggunakan sebarang objek lurus dan tegak yang berada di sekitar. Tempoh masa semakan bayang bermula pukul 5.10 petang hingga 5.35 petang," katanya dalam kenyataan hari ini. Masyarakat Selangor boleh merujuk kepada laman web rasmi Jabatan Mufti Selangor untuk maklumat lanjut.
Sumber: Laman Web Rasmi Jabatan Mufti Selangor
-- BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
| |
|