CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 672|Reply: 3

[Jenayah] Sindiket tonto semakin melampau!

[Copy link]
Post time 28-5-2022 10:47 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan ke atas sindiket tonto yang berperanan sebagai pemberi maklumat bagi menggagalkan tugas penguatkuasaan undang-undang yang dilaksanakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, kegiatan tonto yang mengekori dan mengawasi kenderaan JPJ telah dikesan pihaknya

Menurutnya, tindakan tonto yang memerhati dan mengekori setiap pergerakan anggota JPJ memberi cabaran kepada pihak berkuasa terbabit untuk menjalankan tugas.

"Perbuatan itu merupakan satu kesalahan dan boleh diambil di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

"Ancaman tonto ini telah menimbulkan persepsi negatif untuk mengambil tindakan ke atas kenderaan yang melanggar undang-undang jalan raya," katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.

Abd Jalil berkata, sejak tahun lalu hingga Mei tahun ini, lima laporan polis dibuat mengenai aktiviti penglibatan tonto.

Katanya, dua kertas siasatan telah berjaya dituduh di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

"PDRM mengingatkan orang ramai agar tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti sindiket tonto yang melindungi dan memberi maklumat kepada kenderaan yang melakukan kesalahan," tegasnya.

Tambah beliau, PDRM akan sentiasa membantu JPJ dan penguat kuasa lain sekiranya wujud ancaman semasa melaksanakam tugas penguatkuasaan.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... dalam-tindakan-PDRM
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2022 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Paling mudah, tangkap dan dakwa je tonto di atas penggunaan radas komunikasi tanpa lesen .
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2022 11:18 AM | Show all posts
terang depan mata kesalahan
buat xtau je
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2022 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Goodluckdontcry at 28-5-2022 05:45 PM

Tonto ni die perhati semua penguatkuasa..xkirala penguatkuasa ape..dah la Ati Kering..abg den..keje Penguatkuasa under PT&G..so kdg2 kene g ambush pencuri2 pasir/tanah dlm hutan..selalu die kata, ade je mengekor dibelakang kereta..menakutkan..org jahat dimana2..den takut BTL dgn ms kini..klu Ada mesin masa putar alam..den nk duk zaman 90s n awal Y2K..walau handphone pun xde waktu Tu..kecuali org Kaya jela pakai..den rs selamat lagi...huhuhuhuhuhuhuhu...pjgnya.huhu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 12:07 AM GMT+8 , Processed in 0.377873 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list