View: 746|Reply: 0
|
Kasma Daniel tawan Sepang
[Copy link]
|
|
Edited by mattzzx at 29-5-2022 10:08 AM
Kuala Lumpur: Pelumba Yamaha Gen Blu Racing Asean, Kasma Daniel Kasmayudin berjaya muncul juara dalam saingan penuh sengit Perlumbaan Pertama Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sebentar tadi.
Kasma Daniel yang bermula di petak utama saingan 1000cc Asia Superbike (ASB 1000) kehilangan rentak pada pusingan pertama sehingga membenarkan pelumba SDG Motor Sports HARC-PRO Ph, Haruki Noguchi mendahului perlumbaan.
Bagaimanapun, pelumba berusia 22 tahun itu kembali mengejar Noguchi dan seorang lagi pelumba negara, Zaqhwan Zaidi (Honda Asia-dream Racing with SHOWA) untuk mendahului saingan di pusingan kelapan sehingga tamat perlumbaan.
Dia berjaya menamatkan saingan dengan catatan masa 25 minit 44.610 saat (s) dan berterima kasih kepada pasukannya kerana menyediakan jentera terbaik hari ini.
"Pertama sekali saya sangat terhutang budi dengan pasukan saya kerana menyediakan jentera terbaik. Saya bersaing sengit dengan Haruki dan Zaqhwan hari ini.
"Pada awal saingan, ia sangat sukar untuk mencari ruang di antara kedua-dua mereka, secara tiba-tiba saya melihat ada peluang (di pertengahan perlumbaan) dan menggunakannya sebaik mungkin. Ia satu kejayaan yang tidak dijangka hari inu," kata Kasma Daniel.
Tempat kedua saingan berkenaan diraih Noguchi, manakala pelumba Thailand yang mewakili Yamaha Thailand Racing Team, Apiwath Wongthananon menduduki tempat ketiga.
Sementara itu, Ibrahim Norrodin muncul juara dalam saingan SS600 selepas pelumba SIC Racing berkenaan terlebih dulu melintasi garisan penamat dengan catatan masa 21:52.255s.
Dia berjaya mengetepikan bekas pelumba Moto2 dan Moto3 negara, Khairul Idham Pawi (Boon Siew Honda Racing Team) yang hanya berpuas hati di tempat kedua.
Sementara itu, tempat ketiga diraih pelumba Boon Siew Honda Racing Team, Azroy Hakeem Anuar.
KASMA meraikan kejayaannya bersama pasukan. FOTO ARRC
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... daniel-tawan-sepang
|
|
|
|
|
|
|
| |
|