CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 724|Reply: 13

[Tempatan] Rakyat Malaysia perlukan 1.8 juta ekor ayam SETIAP HARI. Mana2 gerai makan mesti ada menu ayam

[Copy link]
Post time 29-5-2022 02:58 PM | Show all posts |Read mode
Rakyat tak boleh hidup tanpa ayam
    Oleh MUSTAPA LAKAWA
    25 Mei 2022, 9:11 am

LIMA tahun lalu, ada kajian melaporkan bahawa rakyat Malaysia memakan sejumlah 1.8 juta ekor ayam dalam sehari.

Dan pastinya pada tahun 2022 ini, jumlah itu telah meningkat sekurang-kurangnya kepada angka 2.5 juta selepas mengambil kira pertambahan jumlah penduduk dan permintaan tinggi terhadap makanan berasaskan ayam.

Ramai yang bertanya, kenapa rakyat terlalu gilakan ayam dan jawapan ilmiahnya adalah kerana sumber protein yang ada pada haiwan ternakan itu.

Paling penting kata mereka, harga ayam ketika itu masih dikategorikan sebagai murah, berbanding sumber protein lain seperti ikan dan daging.

Mengikut data Jabatan Perkhidmatan Veterinar, harga ayam standard paling rendah di peringkat runcit yang pernah direkodkan pada tahun 2016 adalah sekitar RM6.15 sekilogram.

Tahun ini, ketika rakyat secara perlahan-lahan cuba bangkit daripada ‘kemusnahan’ yang berlaku selama hampir tiga tahun angkara Covid-19, isu ayam sekali lagi memeningkan kepala pentadbir negara.

Dari peringkat penternak, sehinggalah kepada pemborong, peruncit dan pengguna, masing-masing mempunyai alasan untuk mengeluh. Isunya cuma satu iaitu bekalan makin kurang, menyebabkan harga terus melambung melepasi harga siling yang ditetapkan.

Benarlah, isu ayam bukan isu remeh yang boleh dibiarkan berlalu begitu sahaja. Ia adalah isu nasional, sama pentingnya dengan perihal bilakah tarikh sebenar Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Buktinya, satu Kabinet dipanggil dan dikumpulkan di Putrajaya hanya untuk duduk berbincang mengenai bekalan dan harga ayam. Mesyuarat akhirnya membuat beberapa ketetapan yang dianggap penting bagi mengatasi masalah bermusim ini.

Paling utama adalah ketegasan kerajaan untuk menghentikan eksport ayam sebanyak 3.6 juta ekor sebulan bermula 1 Jun ini sehingga harga dan bekalan di peringkat domestik kembali stabil.

Selain itu adalah pemansuhan approved permit (AP) ayam termasuk ayam bulat selain memudahkan proses tuntutan subsidi oleh pihak pengeluar.

Di atas kertas, semua cadangan dan langkah yang diambil kerajaan ini cukup bijak. Ia juga memberi gambaran awal kepada satu bentuk penyelesaian jangka panjang mengenai isu ayam di peringkat negara.

Bagaimanapun, di akhirnya yang menentukan isu ini selesai ataupun tidak bukanlah menteri mahupun pemerintah, tetapi rakyat di luar sana. Rakyat hanya perlu turun ke pasar-pasar dan kedai runcit untuk melihat sama ada bekalan mencukupi ataupun tidak.

Paling penting, rakyat mengharapkan harga ayam yang terpampang di premis-premis kelak adalah harga yang masuk akal dan boleh diterima oleh semua kumpulan masyarakat.

Seperti mana kata-kata cendiakawan Indonesia, Buya Hamka, seseorang yang berakal itu sebenarnya hidup untuk masyarakatnya dan bukan buat dirinya sendiri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2022 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaka baru order nasi ayam hainan yang sedap..nikmati sebelum ianya pupussss ditelan inflasi
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2022 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat kwn aku cerita.....
Jiran saiko dia blh bela ayam kat belakang rmh.....rumah teres tu....

Apa le yg dia pikir....jiran sebelah mnyebelah tak senang lah kannn, bkn sbb dengki, tapi hama & bau busuk.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2022 03:33 PM | Show all posts
Ayam ni merupakan makanan harian kita
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2022 03:35 PM | Show all posts
jazaa100 replied at 29-5-2022 03:33 PM
Teringat kwn aku cerita.....
Jiran saiko dia blh bela ayam kat belakang rmh.....rumah teres tu....:l ...

suruh kawan u report. bela ayam di kawasan perumahan 1 kesalahan. boleh didenda & dipenjara
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2022 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Nsib baik la iols ni dh praktis jadi vegetarian on off on off since 3 yrs ago…. Kalau x dlu iols pn hari2 kalau tak makan ayam, mesti makan telur ayam

So skrg rs nya tak makan ayam pun x kisah da sbb dh biasa jd vegetarian utk 1-2 mggu dlm sebulan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2022 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Mi goreng dah x letak ayam...letak sotong ring frozen je....x best betul
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2022 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 29-5-2022 03:33 PM
Teringat kwn aku cerita.....
Jiran saiko dia blh bela ayam kat belakang rmh.....rumah teres tu....:l ...


kt sblh umh aku ada umh/flet/flat pprt..lg hebat siap ada orng bela ayam kampung lepas camtu jer..sesapa ank2 bdk bandar yg x pernh tgk ayam jantan,ayam betina,ank ayam idup bebas lepas...boleh mai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-5-2022 08:27 PM | Show all posts
kalau kawasan tu byk sgt lalat
sure tak jauh dari tempat tu ada reban ayam yg jenis terbuka, najis tak terurus secara teratur
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2022 08:27 PM | Show all posts
kalau kawasan tu byk sgt lalat
sure tak jauh dari tempat tu ada reban ayam yg jenis terbuka, najis tak terurus secara teratur
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2022 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 29-5-2022 05:53 PM
kt sblh umh aku ada umh/flet/flat pprt..lg hebat siap ada orng bela ayam kampung lepas camtu jer.. ...



Flat pun bela ayam.....dasat betul
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2022 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 29-5-2022 03:33 PM
Teringat kwn aku cerita.....
Jiran saiko dia blh bela ayam kat belakang rmh.....rumah teres tu....:l ...

ada cara ke nak bela ayam tapi bau taik boleh kawal tgk dlm tv kadang kokesen pon ada bela ayam buat chicken coop yg cute belakang rumah. agak2 bau sampai rumah jiran dak ni kalau aku tak nak bela ayam bukan sbb busuk tapi tak sanggup nak sembelih
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2022 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda replied at 29-5-2022 08:54 PM
ada cara ke nak bela ayam tapi bau taik boleh kawal  tgk dlm tv kadang kokesen pon ada bela ayam ...

Kalau kucing boleh toilet trained, napa ayam  tak boleh?

My ragdoll.and british shorthair bukan setakat toilet trained...siap istinjak semua complete buat sendirik.....antara ko nak train atau tidaknya...iteww aja....
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2022 09:28 PM | Show all posts
Supersirap replied at 29-5-2022 07:33 AM
Ayam ni merupakan makanan harian kita

dah tu yang murah dan mengenyangkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.581353 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list