|
PEMANDU Red Bull Racing dari Mexico, Sergio Perez menjulang trofi sleepas memenangi GP Monaco. FOTO AFP
Monaco: Sergio Perez memanfaatkan strategi tepat Red Bull untuk mengatasi cabaran pemandu Ferrari, Carlos Sainz dan memenangi perlumbaan Formula Satu Grand Prix Monaco yang ditangguhkan kerana hujan dan berlaku beberapa kemalangan.
Dalam perlumbaan sengit itu yang berakhir dalam peraturan perlumbaan selama dua jam, pemandu Mexico berusia 32 tahun itu menang 1.1 saat di depan pencabar Sepanyol itu, manakala rakan sepasukannya di Red Bull yang juga pendahulu kejuaraan dan juara dunia, Max Verstappen di tempat ketiga.
Pelumba pilihan tempatan, Charles Leclerc di tempat keempat keempat bersama jentera Ferrari pada ketika dua pit-stop mengelirukan menyebabkan dia terlepas kedudukan sebagai pendahulu.
Bagi pelumba Monegasque itu, ia mencapai sagu hati apabila menamatkan perlumbaan buat kali pertama selepas bermula dari petak utama.
"Saya kehilangan kata-kata," kata Leclerc yang kecewa menerusi radio pasukan.
Manakala Perez menikmati detik gembira apabila memastikan kemenangan di satu daripada dua permata dalam kalendar F1 itu.
"Ia adalah mimpi jadi kenyataan," katanya.
"Sebagai pemandu, anda pasti berangan untuk menang di sini. Selepas perlumbaan di tempat sendiri, tiada hujung minggu istimewa lain untuk menang. Ia adalah hari yang penting untuk saya dan negara saya."
Ia adalah kemenangan pertama Perez pada musim ini, sekali gus menamatkan penguasaan Verstappen dan Leclerc. Ia adalah kemenangan ketiga dalam kariernya untuk muncul pemandu F1 Mexico paling berjaya, satu mata di depan Pedro Rodriguez.
Verstappen turut lega dengan kemenangan itu yang menyaksikan dia kini sembilan mata di depan Leclerc dalam kedudukan kejuaraan pemandu.
"Saya berusaha sebaik mungkin dan sebagai satu pasukan, kami bertindak cemerlang bersama strategi," katanya sambil mengucapkan tahniah kepada Perez.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ez-takluk-gp-monaco |
|