View: 1475|Reply: 3
|
Pesara Polis Maut, Kepala Tersepit Antara Tilam Dengan Palang Katil
[Copy link]
|
|
Seorang pesara polis maut dalam keadaan tragis selepas kepalanya tersepit di antara tilam dengan palang katilnya di sebuah hospital.
Max Dingle, 83, meninggal dunia akibat 'terperangkap dengan sesak nafas' dalam satu kejadian di Royal Shrewsbury Hospital pada 3 Mei 2020.
Di dalam inkues kes kematian Dingle, koroner kanan mendapati tiada cubaan untuk melakukan resusitasi oleh pihak hospital walaupun pesara itu masih mempunyai denyutan nadi apabila dia ditemui.
Foto: SWNS
Awal bulan ini, Shrewsbury and Telford Hospital NHS Trust yang mengendalikan hospital tersebut didenda £1,333,334 (RM7,361,371) kerana gagal memberikan penjagaan yang selamat kepada Dingle dan seorang lagi pesakit yang meninggal dunia dalam kes yang tidak berkaitan.
Koroner kanan, John Ellery berkata, Dingle yang berasal dari Newtown, Wales, pada asalnya dimasukkan ke hospital kerana sesak nafas pada 27 April 2020.
Sejarah perubatannya menunjukkan dia mengalami masalah jantung, limfedema dan 'sleep apnea' (gangguan pernafasan ketika tidur).
Dia dirawat di hospital tersebut sehinggalah pada pukul 10 pagi, 3 Mei apabila dia ditemui dalam keadaan kepalanya tersepit antara tilam dan palang katilnya.
"Dia mengalami serangan jantung dan meninggal dunia pada 10.15 pagi," kata koroner tersebut. - CARI
Sumber: mStar/Dailystar |
|
|
|
|
|
|
|
hospital cuai saman saman saman! |
|
|
|
|
|
|
|
Spital sana laju je kena dakwa
Kawan macik…emak dia kena bius pastu koma
Masa nak bersalin kat adik dia
Dah meninggal…hospital lepas tangan
Yelah sebab konsep rakyat kita
REDHA dah takdir
Tapi kat US minggu lepas…nurse kena dakwa
Silap cucuk ubat
Patient umur dah 78 pastu mati
Beribu nurse piket depan court
Masa bicara…anak mangsa cakap dia maafkan
Nurse tu menangis dan minta maaf
Terlepas hukuman penjara 6 tahun
Satu lagi yang kes saman doktor sebab tak suruh mak dia abort
Disebabkan doktor gagal nasihat abortion tu
Dia dilahirkan cacat
Dia saman dan menang
Hospital kita transfer darah sekali aids
Alih2 diam aje |
|
|
|
|
|
|
| |
|