View: 1075|Reply: 14
|
Nama Asal Dalam Kenangan Sebab Gatal Tukar Nama 'Salmon' Demi Sushi Percuma
[Copy link]
|
|
Sebilangan penduduk Taiwan yang menukar nama mereka dengan memasukkan perkataan ‘salmon’, bagi memenuhi syarat untuk mendapatkan sushi percuma di sebuah restoran, kini tidak dapat mengubah semula nama mereka kepada asal.
Memetik laporan Oddity Central, penggubal undang-undang Taiwan kini berdebat untuk meminda peraturan yang hanya membenarkan rakyat negara itu boleh menukar nama mereka tiga kali sahaja.
Foto: Taiwan News
Langkah itu bagi menangani insiden tersebut yang digelar sebagai `kekecohan salmon’.
Pada Mac tahun lalu, rangkaian restoran Sushiro menawarkan sushi secara percuma kepada mana-mana pelanggan yang namanya mempunyai perkataan salmon.
Bagi pelanggan yang memiliki nama dengan bunyi hampir sama dengan salmon pula mendapat potongan harga 50 peratus.
Lebih 300 orang menyahut tawaran lumayan itu dengan menukar nama mereka secara sah di pejabat pendaftaran Taiwan.
Walaupun ramai berjaya menukar semula kepada nama asal selepas promosi tersebut, masih ada lagi individu yang gagal berbuat demikian sehingga terpaksa hidup dengan nama pelik seperti Handsom Salmon, Dancing Salmon atau Salmon Dream.
Foto: Taiwan News
“Selepas insiden kekecohan salmon, beberapa individu yang sebelum ini sudah menukar nama mereka sebanyak tiga kali kini tiada cara lain untuk mengubah semula.
“Misalnya, seorang pelajar yang menukar namanya kepada Truong Salmon Dream mendapati ibu bapanya sebelum ini sudah dua kali menukar namanya ketika bayi, jadi dia tidak dapat mengubah semula.
“Sehingga peraturan dipinda, dia terpaksa hidup dengan nama Salmon Dream sepanjang hayatnya,” kata penggubal undang-undang dari New Power Party, Chiu Hsien-chih.
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
Walaupun ramai berjaya menukar semula kepada nama asal selepas promosi tersebut, masih ada lagi individu yang gagal berbuat demikian sehingga terpaksa hidup dengan nama pelik seperti Handsom Salmon, Dancing Salmon atau Salmon Dream.
sampai mati la nampaknya pakai nama2 huduh sebegitu rupa
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau Salmontel boleh tak? Tetibe terfikir lak nama tu.
Salmon dream jijis pulak aku dengar |
|
|
|
|
|
|
|
Salmonella, Salmonah, Salmonalisa, Salmon Khan |
|
|
|
|
|
|
|
Harga asal sushi tu mahal bebeno ke? Kalau tak, bapak ah tak berbaloi. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau offer ni ada dtg balik nanti, minta2 sempatlah SS hantar anaknya Salmon tu ke sana. |
|
|
|
|
|
|
|
demi makan percume |
|
|
|
|
|
|
|
geng sepet kalau benda free memang cepat... sanggup buat apa pun |
|
|
|
|
|
|
|
Hahaha
Nak tergelak plak
Nak sushu free punya pasal
Boleh makan tara mana je pung |
|
|
|
|
|
|
|
Salmon Salman Rukiman
Salmon Ella
Salmon Elly
|
|
|
|
|
|
|
|
Macam tak berbaloi dengan usaha yang dilakukan. Suchi kat sana bukannya mahal mana pun negara pun famous dengan seafood. |
|
|
|
|
|
|
|
Leluhur ni, selagi ada barang free, memang dia sanggup buat apa je. Tapi dituduhnya melayu mulia syurga hadap barang percuma |
|
|
|
|
|
|
| |
|