CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 795|Reply: 9

[Tempatan] Nazri Aziz: Gesa PRU ketika inflasi pentingkan diri sendiri, tak fikir rakyat

[Copy link]
Post time 2-6-2022 09:35 AM | Show all posts |Read mode
Nazri: Gesa PRU ketika inflasi pentingkan diri sendiri, tak fikir rakyat

https://www.malaysiakini.com/news/623287

Hariz Mohd
Diterbitkan:  Jun 2, 2022 9:30 AM⋅
Dikemaskini: 9:30 AM



Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz menyifatkan ahli politik yang menggesa PRU diadakan di saat negara berdepan inflasi bersikap pentingkan diri sendiri dan tidak memikirkan rakyat.

Nazri berkata dia menyokong sepenuhnya kenyataan Perdana Menteri Ismail Sabri dalam satu wawancara sebelum ini bahawa dia akan menunggu “masa yang sesuai” untuk membubarkan Parlimen.

"Saya setuju dengan perdana menteri. Keutamaan kita sekarang adalah kesusahan rakyat dan kita semua tahu inflasi berlaku sekarang, jadi kita kena utamakan rakyat.

"Kita perlu cari jalan untuk mengatasi inflasi dan memastikan rakyat ada wang yang cukup untuk menyara kehidupan.

"Itu lebih penting berbanding mementingkan diri sendiri secara politik dengan merasakan ini waktu yang sesuai untuk PRU," katanya ketika dihubungi Malaysiakini dua hari lalu.

Nazri mengulas kenyataan Ismail Sabri dalam wawancara bersama akhbar kewangan Nikkei yang disiarkan dua hari lalu.

Dalam wawancara itu, Ismail Sabri dilaporkan tidak menyentuh secara langsung berkaitan gesaan supaya pilihan raya umum diadakan lebih awal, antaranya daripada partinya sendiri iaitu Umno.

“Kita sekarang berdepan tempoh peningkatan inflasi dengan harga yang tinggi, adakah kamu fikir ini masa yang sesuai?” dia dipetik berkata dalam wawancara itu.

Bagaimanapun, gesaan agar PRU diadakan secepat mungkin sekali lagi berkumandang ketika Konvensyen BN yang diadakan sehari kemudian iaitu semalam.

Malah Ismail yang juga naib presiden Umno juga dilaporkan berkata dalam konvensyen itu bahawa dia tidak akan melewatkan "walau sesaat" bagi mengadakan PRU15 jika BN sudah bersedia.

Mengulas lanjut, Nazri mengkritik pihak dalam partinya yang merasakan kini waktu yang sesuai untuk mengadakan PRU, dengan keadaan pembangkang yang goyah dan kemenangan Umno dalam beberapa PRN sebelum ini sebagai pertimbangan.

"Jika itu yang anda fikir, yang inflasi bukan perkara penting dan pilihan raya lebih penting, itu mementingkan diri sendiri.



"Ahli parlimen dari kedua-dua pihak kini menyokong perdana menteri jadi tiada sebab langsung untuk buat pilihan raya.

"Bagaimana ahli parlimen daripada pihak lain sokong perdana menteri, tetapi parti perdana menteri sendiri tidak menyokongnya?" soal Nazri.

Dengan keadaan ekonomi semasa, katanya lagi, negara perlu bersedia untuk menangguhkan pilihan raya, malah sehingga akhir penggal ini jika perlu.

Apabila penggal sudah tamat dan pilihan raya perlu diadakan, Umno tidak akan dipersalahkan atas perkara itu, katanya lagi.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2022 09:52 AM | Show all posts
Dapat data ni dari FB Liyana Marzuki




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
sam1528 replied at 2-6-2022 11:52 AM
Dapat data ni dari FB Liyana Marzuki

Tu tahun 2021..awal 2022 ni dh naik 3.05% xsilap..btw liyana marzuki ni sapo
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Mengapa x sesuai?

Andai PRU bleh bagi kerajaan yg stabil then be it..... Yakin ke dpt kawal inflasi tanpa kerajaan yg stabil?

For now percepatkan akta lompat parti then terus bubar Parlimen... Siapa yg naik pun lepas ni patut hormatlah pilihan rakyat xyah nk main sebarang sentimen...
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 04:11 PM | Show all posts
concern kat rakyat ke kat diri sendiri yg bakalan hilang kerusi next PRU
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
sam1528 replied at 2-6-2022 09:52 AM
Dapat data ni dari FB Liyana Marzuki

Inflasi nilai negatip.. wow..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-6-2022 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
masa ni lah sesuai...pemimpin yg ada bengap2 belaka
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena la cpt.....najibun & wak jahit tazzabar nk jd piem
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2022 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko pon sama, laki bini anak nak mengkedarah duit rakyat sambil joli sakan nak jadik Ambassador. Gebang kencang si tua tak mati2 ni hah.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Cluster makamah la yg kemaruk ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 03:39 AM GMT+8 , Processed in 0.042592 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list