View: 552|Reply: 3
|
[Tempatan]
Bekalan cukup dan harga ayam boleh dikawal, kata Naib Presiden Konsortium Penternak Ayam Muslim Berhad. Percaya tak???
[Copy link]
|
|
Bekalan cukup, harga ayam boleh dikawal
https://www.kosmo.com.my/2022/06/02/bekalan-cukup-harga-ayam-boleh-dikawal/
Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM
2 Jun 2022, 9:25 am
KEPUTUSAN untuk menyekat eksport ayam mampu menstabilkan semula harga ayam di pasaran tempatan.
JOHOR BAHRU – Keputusan kerajaan untuk menyekat eksport ayam ke pasaran luar negara adalah satu langkah bijak dalam usaha memastikan kesinambungan bekalan tempatan mencukupi.
Naib Presiden Konsortium Penternak Ayam Muslim Berhad, Nurharyati Abd. Jalil berkata, tindakan itu secara tidak langsung dapat menstabilkan semula harga ayam segar yang kini telah melebihi harga syiling ditetapkan.
“Dengan berbuat demikian, pengeluar dan pembekal tiada pilihan lain selain memasarkan hasil ternakan untuk pasaran tempatan. Peningkatan bekalan itu nanti akan dapat mengawal harga pasaran seperti sedia kala.
“Ini secara tidak langsung dapat mengatasi masalah yang membelenggu pengguna yang terbeban, lebih-lebih lagi dengan kos ayam segar yang semakin mahal,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Bagaimanapun, kata Nurharyati, larangan eksport itu tidak boleh dilakukan dalam tempoh masa yang panjang kerana dikhuatiri akan membebankan pihak pengeluar dan penternak.
Katanya, antara isu yang bakal timbul ialah lambakan bekalan di pasaran tempatan yang menyebabkan harga makanan keperluan itu terus menyusut.
“Hal ini akan menyebabkan pihak syarikat dan penternak serta rantaiannya turut terkesan disebabkan lambakan bekalan. Kita perlu mengambil kira kos makanan dan operasi yang meningkat ketika ini,” ujarnya.
Nurharyati memberitahu, Konsortium Penternak Ayam Muslim dalam proses untuk mengembangkan operasinya dalam usaha membantu pihak kerajaan meningkatkan hasil pengeluaran.
“Dalam tempoh sebulan, kita mampu mengeluarkan kira-kira 700,000 ekor ayam segar untuk memenuhi permintaan pasaran tempatan.
“Selepas pengoperasian konsortium itu diperluaskan, ia mampu menjana pengeluaran sehingga dua juta ekor sebulan,” katanya.
Konsortium Penternak Ayam Muslim mengeluarkan bekalan sebanyak 80 peratus untuk bekalan di negeri ini, manakala selebihnya dipasarkan untuk bekalan di Lembah Klang.
|
|
|
|
|
|
|
|
but@h ko...td g beli ayam...ayam harga ok...tp upah potong plak tetiba ade...selalu pree..sekor upah 80sen ..tiberrrrr |
|
|
|
|
|
|
|
Ayam muda putih melepak china mari tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
Betul tu dulu2 tak ada caj untuk mintak potong2kan ayam sekarang dah ada caj tak ada yang free lagi |
|
|
|
|
|
|
| |
|