CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1078|Reply: 16

[Tempatan] Cari jalan atasi kos sara hidup, bukan laksana semula GST, kata Guan Eng

[Copy link]
Post time 2-6-2022 11:04 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Pengerusi DAP Lim Guan Eng menggesa kerajaan mencari penyelesaian kepada masalah peningkatan kos sara hidup yang dihadapi rakyat ketika ini, bukan melaksanakan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Bekas menteri kewangan itu mendakwa, pelaksanaan semula GST yang diperkenalkan ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN) bawah Najib Razak dan dihapuskan ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH), hanya akan membebankan rakyat.

“Sama ada benar atau tidak kami belum pasti lagi, tapi sekarang bukan masa sesuai untuk kembalikan GST kerana ia ada kesan buruk terhadap rakyat.

“Masalah kos sara hidup tinggi seharusnya diberikan perhatian serius. Mengapa tidak ambil berat masalah masyarakat, sebaliknya membuat pertimbangan untuk menambah lagi cukai baharu,” katanya kepada FMT.

Guan Eng berkata, kerajaan sepatutnya mewujudkan dana untuk menstabilkan harga dengan segera bagi menangani kenaikan harga barang yang dihadapi kini.

“Kenaikan harga barang ini memang tidak dapat dihalang, tetapi sekurang-kurangnya boleh mengehadkan kenaikan harga dan inflasi kos makanan dan perniagaan yang meningkat.
“Jangan lari dan elak daripada penyelesaian masalah peningkatan kos sara hidup yang melanda rakyat sekarang,” katanya.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, GST mungkin diperkenalkan semula kerana ia satu cara efektif menambah pendapatan negara bagi menangani kenaikan inflasi dan kos sara hidup rakyat.

Ismail menerusi wawancara khas bersama Nikkei Asia, di Tokyo baru-baru ini dilaporkan berkata, GST dilihat mampu mengembangkan pendapatan asas negara.

Selain itu katanya sistem percukaian tersebut dilihat mampu membantu kerajaan menampung pemberian subsidi bagi keperluan rakyat.

“Kita telah kehilangan RM20 bilion pendapatan tahunan apabila kita memansuhkan GST dan mengembalikan sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST). Tiada negara dalam dunia ini yang kembali daripada GST kepada SST, melainkan Malaysia,” katanya.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/06/02/cari-jalan-atasi-kos-sara-hidup-bukan-laksana-semula-gst-kata-guan-eng/





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2022 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Guna jalan yg dibuat oleh LGE...bagu rakyat rm30ringgek...
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 12:15 PM | Show all posts
kelifah abdel aziz kata org pas dulu
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh2 bukan ko jugak kah yg kembalikan sst dr gst...bnyj ckp plak
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
LGE lah org yg plg x layak nk ckp apa2 psl gst, fake accountant
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 2-6-2022 12:15 PM
kelifah abdel aziz kata org pas dulu


Hahahaha,  yg ni mmg lawak... Yg beriya citer LGE ni nk tiru pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz adalah Mat Sabu dan pimpinan PAS termasuk Derih Ahmad... Tp skang ni dorg buat2 lupa...

Btw xder pun sebenarnya pimpinan PAS kata LGE ni Umar,  yg tu fitnah jer.... Dia kata nk contohi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-6-2022 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Btw cuba bagi solusi biar rakyat menilai.... Bkn main bangkang tanpa solusi alternatif
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Rakyat ditipu dengan kisah dongeng dengan pemansuhan GST, harga barang akan turun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2022 01:14 PM | Show all posts
sesuai la peranan sebagai pembangkang
bangkang semua benda
alternatif tak tau nak bagi
yg penting nmpk peranan membangkang je
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 02:42 PM | Show all posts
dia dah khatam kot bab titik tempat perpuluhan matematik darjah 5.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 02:52 PM | Show all posts
30 ringek boleh pakai setahun. terowong bawah laut apa cita nobita
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
diam lah..balaci umno dgn walaun pas dh tak sabar nak bayar gst tu..kalau boleh up terus 10% demi negara
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 04:44 PM | Show all posts

Bila belum berkuasa tak dapat lagi jawatan Menteri, berkali-kali depa heret rakyat ke Padang Merbok bantah GST.

Bila mulut dah penuh sagon pangkat dan jawatan Menteri, ke mana mereka sekarang? Walaun kenapa bodoh membisu?

#ularmakmunafiq
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan tebulu bulu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 05:08 PM | Show all posts
Hapuskan subsidi petrol. Cepat!
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Sst ni nak jaga bontot sendiri jew terutama kapitalis laknat. I maafkan untuk small bisnes enterprise. Beban dilepas ke rakyat, end user 100 peratus. Mana nak naik demand. Memang terjejas la ecomomi,  purchasing power turun hari demi hari. Lepastew nak gnti buat gst lepas damage. Takda beza pun.Peniaga terdesak, akan naikkan harga lagi dan lagi untuk tak tanggung rugi. Buang pekerja. Sebab tu naik gaji ni tak elok. Peniaga, owner tanggung liability teruk. Dia terpaksa naikkan harga, atau dia rumitkn kpi utk susahkan pekerja2 dpt duit mudah. Kerja lebih masa.

Yg untung gomen
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2022 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Lge ade solution x..ke bagi 30 ringgit ewallet
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 03:21 AM GMT+8 , Processed in 0.049373 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list