View: 1459|Reply: 18
|
Rakyat Malaysia Tertipu Pekerjaan Gaji Lumayan- Dicucuh Stun Gun, Menggelupur Sakit Diseksa Sindikit Scammer
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Diseksa teruk hingga meraung serta menggelupur kesakitan akibat dicucuh alat renjatan elektrik atau stun gun berulang kali.
Ia nasib dialami seorang pemuda dan gadis warga Malaysia yang dipercayai mangsa penganiayaan dan hamba sindiket scammer di luar negara.
Mendedahkan perkara itu, Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata, rakaman dua video kejam itu diserahkan rakannya kelmarin.
Menurutnya, dia mengesyaki video itu ada kaitan dengan kes pemerdagangan rakyat Malaysia di luar negara yang diperdaya selepas dijanjikan pekerjaan bergaji lumayan.
Foto: Harian Metro
"Mangsa yang diseludup ke Myanmar, Laos, Kemboja dan Vietnam itu sebaliknya dikurung dan dipaksa menjadi operator sindiket penipuan dengan menghubungi mangsa di luar negara.
"Saya yakin video ini disebarkan sindiket untuk menakut-nakutkan keluarga mangsa yang enggan membayar wang tebusan," katanya semalam.
Menurutnya, rakaman video itu didakwa diambil sindiket di Kemboja dan ia sudah diserahkan kepada pihak kedutaan besar Malaysia di negara itu untuk tindakan lanjut semalam.
Micheal berkata, berdasarkan video itu, mangsa diikat dan didera menggunakan alat renjatan elektrik berulang kali.
"Saya meminta ibu bapa yang menyedari anak mereka menjadi mangsa sindiket di luar negara ini supaya segera membuat laporan polis serta menghubungi pihak biro bantuan MCA.
"Saya kecewa berikutan masih ada belia Malaysia yang dikesan diperdaya dan pergi ke negara berisiko itu walaupun hebahan media sudah dilakukan. Amaran demi amaran didedahkan namun mereka masih berani mengambil risiko.
"aling menyedihkan apabila 98 peratus belia yang ditipu dan dijadikan tebusan di luar negara ini adalah belia berbangsa Cina," katanya.
Menurutnya, belia negara ini menjadi sasaran sindiket antarabangsa berikutan kebanyakan mereka boleh berbahaya Inggeris, mandarin dan bahasa Melayu.
"Kelebihan ini digunakan sindiket bagi memastikan penipuan online, panggilan telefon dan bentuk penipuan lain dilakukan dengan berkesan," katanya.
Beliau sebelum ini mendedahkan lebih 20 kes pemerdagangan rakyat Malaysia di luar negara dilaporkan berlaku membabitkan wang tebusan sehingga RM300,000 sebagai syarat untuk melepaskan mangsa.
Kesemua rakyat Malaysia berkenaan didakwa ditahan di Kemboja, Thailand dan Myanmar yang mana mangsa ditipu sindiket yang menawarkan pekerjaan dalam bidang telepemasaran dengan gaji lumayan.
Michael berkata, pihaknya menerima aduan berhubung semua kes itu daripada ahli keluarga mangsa sejak awal bulan April lalu.
Kuala Lumpur: Jangan sesekali akur dengan permintaan kumpulan penjenayah yang menuntut wang tebus nyawa antara RM50,000 hingga RM150,000.
Itu nasihat Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong berhubung kes membabitkan berpuluh remaja dan belia Malaysia yang ditawan sindiket scammer di luar negara.
Sehingga kini hanya sebilangan kecil mangsa yang dibebaskan manakala masih ramai mangsa terus dikurung sindiket rentas sempadan itu.
"Saya sudah berjumpa dan mengadakan perbincangan dengan Timbalan Pengarah Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan dan Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) JSJ Bukit Aman berhubung isu ini, baru-baru ini.
"ihak polis turut menasihati keluarga mangsa supaya tidak membayar wang tebusan diminta suspek. Tindakan ini hanya akan memburukkan keadaan dan lebih ramai belia Malaysia dijadikan sasaran sindiket.
"Setakat ini ada keluarga mangsa ditawan yang dikesan bertindak membayar wang tebusan diminta sindiket mencecah puluhan ribu ringgit.
"Namun malang berganda apabila anak atau ahli keluarga mereka masih tidak dibebaskan walaupun selepas wang tebusan diserahkan.
"Ini antara punca pihak polis dan MCA tidak menggalakkan ahli keluarga mangsa akur dengan sebarang tuntutan sindiket. Lebih malang ada ahli keluarga yang sanggup meminjam wang dari along dan menjual harta demi menyelamatkan mangsa yang ditawan," katanya.
Beliau berkata, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang berusaha sedaya upaya bagi menjejaki dalang sindiket itu di Malaysia selain menyelamatkan tawanan.
Beliau berkata, pihak MCA kini sedang berusaha membawa pulang dua remaja tempatan berusia belasan tahun yang sebelum ini dikurung sindiket di Myanmar.
"Remaja terbabit bagaimanapun ditahan pihak berkuasa Thailand selepas menyeberangi sempadan dan sudah dihadapkan ke mahkamah di sana. Bagaimanapun hakim membebaskan mereka selepas menyedari remaja itu menjadi mangsa sindiket.
"Urusan membawa pulang mereka sedang dilakukan. Apa yang boleh dikatakan, remaja itu didera teruk ahli sindiket sebelum dibebaskan baru-baru ini," katanya.
Menurutnya, orang ramai dinasihati berwaspada dan tidak mudah terperdaya dengan tawaran bergaji lumayan di luar negara. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia ni kira mcm lubuk duit dah bg sesetengah negara luar...tapi rakyat kita masih x reti bersyukur..elok2 hidup mudah dinegara sendiri nak juga merantau dinegara org....terlalu memilih kerja dan rambang mata dgn duit tu la sebab jd mcm ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
"Paling menyedihkan apabila 98 peratus belia yang ditipu dan dijadikan tebusan di luar negara ini adalah belia berbangsa Cina," katanya.
itulah demand nak gaji tggi kat tanahair, last2 kena scam kaw2
kesian terpalit mak pak yg kena byr tebusan
suh masuk askar, polis, gov eksyen takmo
last resort mnta bantuan gak dari kedutaan ..
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak kan tak boleh terfikir macam mana jadinya pergi pulak ke negara dunia ke 3 yang rata2 lebih mundur dari negara sendiri. Semua pasti ada handphone tak kan tak pernah terbaca scam cara tu. |
|
|
|
|
|
|
|
nanti kene kutuk ngan acik forumers kalau masuk gomen. hikhik
|
|
|
|
|
|
|
|
Hujung2 cari mca kasi setel |
|
|
|
|
|
|
|
Patutnya mohon keje kat mesia jahh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Apsal aku tak pernah dengar kes2 cmni dari warga Malaysia? Macam zaman takda socmed je culik2 minta tebusan. Biasa bangsa China je berani buat cmni..
Btw yang ramai bangsa China kan..duduk tanah air berlagak rasis.tamak. Sekali kena scamm dengan negara luar.Nauzubillahi min Zalik. |
|
|
|
|
|
|
|
tri-max replied at 2-6-2022 07:40 AM
"Paling menyedihkan apabila 98 peratus belia yang ditipu dan dijadikan tebusan di luar negara ini ad ...
Cina ramai masuk polis, gomen. Tapi pangkat tinggi2 je la. Macam inspektor, ramai kot Cina.
Nak tengok Cina kerja dalam sektor gomen boleh tengok di hospital kerajaan. Fair n square la. Bumiputera jaga negara masuk PDRM, ATM. Cina jaga kesihatan rakyat masuk MOH. |
|
|
|
|
|
|
|
Korang lansung tak ingat rupanya kan Cina ramai dalam MOH. Berkhidmat untuk negara bukan takat masuk asokar. |
|
|
|
|
|
|
|
terpaksa la i stuju ttg cina masuk gomen bawah MOH, mmg byk muka derang dlm agensi tuhari tu gi dentist gov pon derang gak. kerja smooth & steady which i like
tapi yg pangkat tinggi2 tu berapa kerat la quota polis utk depa, yg lebihan2 ni lah yg terpaksa ke luar negara dgn harapan gaji tinggi setimpal ngan yuran sekolah swasta apak ngan ama da bayar
nak kesian tak tau la kata
|
|
|
|
|
|
|
|
tri-max replied at 2-6-2022 09:26 AM
terpaksa la i stuju ttg cina masuk gomen bawah MOH, mmg byk muka derang dlm agensi tuhari tu gi de ...
Aiol pernah pi pulapol tengok latihan tamat kepolisan inspektor. Agak ramai Cina ya, surprisingly, banding India. Tapi asokar rasanya Cina memang tak minat la. Mak pak meka tak bagi jadi asokar kot. Memang tak pernah jumpa asokar Cina seumur hidup. |
|
|
|
|
|
|
|
masuk MOH sebab terpaksa je. dah cukup time cabut la pergi private or migrate obersea
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau cina askoke selalunya if parents high rank askoke anak2 akan ada yang mengikut jejak langkah. meols ade je jumpa cainis kat RMC sebab pak dia askoke
|
|
|
|
|
|
|
|
iols pernah baca kt mana mangsa2 sindiket spt ini ada yg diiextract organ dan darah dari badan. ngeri giler |
|
|
|
|
|
|
|
iols pernah baca kt mana mangsa2 sindiket spt ini ada yg diiextract organ dan darah dari badan. ngeri giler |
|
|
|
|
|
|
|
melekaifc replied at 2-6-2022 09:37 AM
masuk MOH sebab terpaksa je. dah cukup time cabut la pergi private or migrate obersea
Still ramai Cina kat MOH. Yang tak cabut2 pun ramai. Doktor pakar kat tempat aiol ramai ja Cina yang masih setia bersama gomen. |
|
|
|
|
|
|
|
Tawaran yg too good to be true ni kena always give second doubt. Be it bab tawaran kerja gaji lumayan ke, rumah lelong murah ke, tawaran kerja shopeee (konon) yg kat sms ke, menang durian runtuh bagai tu semua scammer. Susah nak kawal sebab bila semua benda go online ni privacy breah everywhere. Jadi kena sentiasa aware dan suspicious |
|
|
|
|
|
|
| |
|