View: 746|Reply: 8
|
[Dunia]
Gadis tidak gentar sarang harimau, lubuk buaya demi kekasih
[Copy link]
|
|
Gadis tidak gentar sarang harimau, lubuk buaya demi kekasih
https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... buaya-demi-kekasih/
Oleh KOSMO!
2 Jun 2022, 6:00 pm
Krishna memasuki India secara haram demi bertemu dengan kekasihnya. - Anupam Mishra/India Today
NEW DELHI – Seorang wanita di Bangladesh sanggup merentasi sebuah kawasan hutan yang menjadi sarang harimau sebelum berenang di sebatang sungai didiami buaya selama sejam demi bertemu kekasihnya di India, lapor akhbar Daily Star kelmarin.
Krishna Mandal, 22, dilaporkan berkenalan dengan seorang lelaki India bernama Abhik menerusi laman Facebook dan mereka saling jatuh cinta.
Pasangan kekasih itu kemudian merancang untuk berkahwin, namun Krishna tidak memiliki pasport untuk memasuki India secara sah, lapor majalah India Today.
Kekurangan itu bagaimanapun tidak menghalang rancangan Krishna untuk mengahwini kekasih hatinya apabila dia membuat keputusan nekad mahu memasuki India secara haram.
Menurut sumber polis, gadis berkenaan merentas hutan paya Sundarbans yang merekodkan sebilangan beberapa kes kematian akibat serangan harimau.
Dia kemudian berenang selama sejam di Sungai Matla yang menjadi lubuk buaya.
Krishna bagaimanapun berjaya mengharungi semua ‘halangan’ tersebut dan pada 28 Mei lalu, dia mengahwini Abhik di bandar Kolkata.
Kisah keberanian gadis itu menjadi buah mulut penduduk daerah South 24 Parganas di Bengal sehingga menyebabkan dia ditahan polis dua hari selepas perkahwinannya berlangsung atas dakwaan memasuki India secara haram. – Agensi
|
|
|
|
|
|
|
|
Wow hebat. Cinta selalunya adalah cinta sejati di awal hubungan tetapi adakah cinta wanita ini bersama lelaki itu akan bertahan bila dah tinggal bersama-sama. Iya...mudah-mudahan saja lelaki itu hargai wanita itu dengan sesungguhnya dan cinta mereka tetap utuh sehinggalah terpaksa berpisah dengan kematian... |
|
|
|
|
|
|
|
hope the dick was worth it |
|
|
|
|
|
|
|
ninja9 replied at 2-6-2022 06:55 PM
Wow hebat. Cinta selalunya adalah cinta sejati di awal hubungan tetapi adakah cinta wanita ini bersa ...
Tgok apa tindakan lelaki tu pulak bila dia ditahan polis....
Klu dia kena penjara 5thn ke...sanggup tak lelaki tu tgu atau kuar² penjara, laki dah kawin lain |
|
|
|
|
|
|
|
First time dengar ceta camni..hope Netflix buat film adik ni..ada gak sumber pendapatan sheols dlm jail |
|
|
|
|
|
|
|
Rimau dengan boya boleh ler ko kitai..tapi bukan dengan inspektor shahab.. |
|
|
|
|
|
|
|
ya betul... dugaan pertama. harap tak cerai... haha
|
|
|
|
|
|
|
|
Awat tak suroh zantan yang berkote tu yang harungi rimau & boye tu sume dekk?? |
|
|
|
|
|
|
|
Tabik spring dikk.. Kalau aku mmg tak ler aku jenis manja² sikit tak kuasa la nak berlengas panas busuk kena geget nyamuk kt hutan semata nak temu jejanz.. Eewww |
|
|
|
|
|
|
| |
|