CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 475|Reply: 3

[Tempatan] Kes bunuh diri semakin menjadi-jadi di Pulau Pinang setahun, antaranya terjun jambatan

[Copy link]
Post time 2-6-2022 07:05 PM | Show all posts |Read mode
GEORGETOWN: Secara purata seramai 77 orang di Pulau Pinang membunuh diri setahun dalam tempoh tiga tahun lalu iaitu antara 2020 hingga tahun ini setakat Mei lalu.

Daripada jumlah itu, seramai 78 orang membunuh diri pada 2020; 114 (2021) dan 41 (setakat Mei tahun ini) menjadikan jumlah keseluruhannya seramai 233 orang.

Menurut Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain, daripada statistik itu pula, sebanyak 20 kes bunuh diri dengan cara terjun dari jambatan yang mendapat perhatian meluas ketika ini berlaku sepanjang tiga tahun lalu dengan tujuh kes dicatatkan tahun ini setakat Mei lalu.

“Kesemua kes bunuh diri ini adalah di bawah bidang kuasa polis menerusi siasatan mati mengejut (SDR) yang mana tidak ada satu kes pun yang terlepas daripada siasatan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Berhubung kekerapan kes bunuh diri dengan terjun dari Jambatan Pulau Pinang yang menjadi perhatian ketika ini, Mohd. Shuhaily berkata, pihaknya turut menubuhkan satu unit tindakan khas melibatkan anggota trafik untuk meronda di kedua-dua buah jambatan dalam usaha mencegah tindakan tersebut.

Dalam masa sama jelas beliau, pihaknya turut membawa isu itu kepada pengetahuan Kerajaan Negeri Pulau Pinang selain bekerjasama dengan beberapa pihak lain termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam mencari penyelesaian kepada insiden tersebut.

“Kes bunuh diri ini adalah isu sensitif termasuk kepada keluarga mangsa dan adalah sukar untuk kita menyatakan motif tindakan itu diambil sama ada masalah peribadi, tekanan keluarga atau wang.

“Lebih perhatian dan kekerapan laporan bunuh diri dengan terjun dari Jambatan Pulau Pinang juga boleh menyebabkan lebih ramai untuk mencuba bunuh diri dengan cara terjun dari situ,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berterima kasih kepada pihak berkuasa lain khususnya yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat seperti Pasukan Polis Marin Wilayah 1; Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM); Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan orang awam seperti nelayan serta kumpulan pemancing.

Menurutnya, Pasukan Polis Marin Wilayah 1 yang berpangkalan di Batu Uban di sini misalnya, meskipun mempunyai tugas hakiki mengawal keselamatan laut negara yang luas iaitu dari pesisir pantai Selangor hingga ke Perlis, namun tetap dikerahkan untuk mencari mangsa terjun.

Malah jelas beliau, sepanjang tiga tahun lalu, Pasukan Polis Marin Wilayah 1 berjaya menyelamatkan sekurang-kurangnya 10 mangsa terjun.

“Dalam masa sama, Pasukan Polis Marin Wilayah 1 juga berjaya membuat rampasan bernilai kira-kira RM1.3 juta melalui Op Kontraban dalam tempoh antara Januari hingga Mei lalu.

“Ini menunjukkan walaupun dalam kesibukan menguatkuasakan undang-undang di perairan negara, pasukan Polis Marin masih komited dalam menjalankan operasi Carilamat (SAR) melibatkan mangsa bunuh diri di Jambatan Pulau Pinang,” katanya.

https://www.utusan.com.my/nasional/2022/06/purata-77-orang-bunuh-diri-setahun-di-pulau-pinang-sejak-3-tahun-lalu/



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2022 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini semua salah DAP...
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerajaan pulau pinang tak heran rakyat dia ramai terjun ke...masalah sosial
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf herhuggie darul kebangga tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 03:02 AM GMT+8 , Processed in 0.137917 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list