View: 316|Reply: 0
|
[Tempatan]
Agong ke majlis bacaan Yasin
[Copy link]
|
|
Agong ke majlis bacaan Yasin
Al-Sultan Abdullah berkenan berangkat pada majlis bacaan Yasin dan doa selamat sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan rasmi baginda di Masjid Wilayah Persekutuan hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR:Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini berkenan berangkat menghadiri majlis bacaan Yasin dan doa selamat sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka, pada Isnin ini.
Turut berangkat pada majlis yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan itu ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua pada 6.30 petang disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad.
Turut hadir, beberapa menteri Kabinet termasuk Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Radzi Jidin serta Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah.
Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin dan doa selamat yang dipimpin oleh Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan, Muhyidin Aziz @ Saari, kemudian Seri Paduka berdua bersama kira-kira 2,000 jemaah menunaikan solat maghrib yang diimamkan Imam Kanan Masjid Wilayah Persekutuan, Dr Khalid Isa.
Pasangan diraja itu turut berkenan bersalaman dan beramah mesra dengan jemaah, sebelum berangkat meninggalkan majlis pada pukul 7.54 malam.
Majlis itu sebahagian daripada acara sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Al-Sultan Abdullah yang ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, pada 30 Julai 2019.
Al-Sultan Abdullah juga dijadualkan berangkat ke khutbah khas dan menunaikan solat Jumaat sempena sambutan itu di masjid berkenaan, esok. – BERNAMA
Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke Masjid Wilayah Persekutuan, hari ini. - Foto BERNAMA
Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... majlis-bacaan-yasin
|
|
|
|
|
|
|
| |
|