CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 539|Reply: 0

[Tempatan] Lelaki samun telefon bimbit diberkas

[Copy link]
Post time 3-6-2022 12:00 AM | Show all posts |Read mode

Motosikal dan pakaian yang disyaki digunakan suspek semasa melakukan samun.

Lelaki samun telefon bimbit diberkas

PETALING JAYA – Polis berjaya memberkas seorang lelaki dipercayai terlibat jenayah samun telefon bimbit dalam kejadian di sekitar PJS3, di sini malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 7.10 malam.

“Mangsa yang merupakan lelaki berusia 36 tahun itu sedang menaiki kereta dan berhenti di lampu isyarat sambil menggunakan telefon bimbit.

“Suspek yang menunggang motosikal telah meragut telefon bimbit milik mangsa lalu melarikan diri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Susulan itu, polis telah menjalankan serbuan di sekitar Pusat Dagangan PJCC awal pagi semalam dan berjaya menangkap suspek warga tempatan yang berusia lingkungan 28 tahun.

Jelas beliau, pihaknya turut merampas sebuah telefon bimbit yang disyaki hasil samun dan pakaian serta sebuah motosikal dipercayai digunakan suspek semasa kejadian.

Katanya, hasil semakan juga mendapati suspek mempunyai 18 rekod lampau melibatkan jenayah samun dan curi kenderaan.

“Selain itu, suspek juga mempunyai tiga rekod lampau berkaitan penyalahgunaan dadah.

“Suspek telah direman selama enam hari bermula semalam bagi membantu siasatan dibawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... on-bimbit-diberkas/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 03:22 AM GMT+8 , Processed in 0.092371 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list