View: 621|Reply: 1
|
Sanggup Rentas Sarang Harimau, Berenang Sejam Dalam Lubuk Buaya Demi Jumpa Kekasih
[Copy link]
|
|
NEW DELHI – Seorang wanita di Bangladesh sanggup merentasi sebuah kawasan hutan yang menjadi sarang harimau sebelum berenang di sebatang sungai didiami buaya selama sejam demi bertemu kekasihnya di India, lapor akhbar Daily Star.
Krishna Mandal, 22, dilaporkan berkenalan dengan seorang lelaki India bernama Abhik menerusi laman Facebook dan mereka saling jatuh cinta.
Pasangan kekasih itu kemudian merancang untuk berkahwin, namun Krishna tidak memiliki pasport untuk memasuki India secara sah, lapor majalah India Today.
Foto: India Today
Kekurangan itu bagaimanapun tidak menghalang rancangan Krishna untuk mengahwini kekasih hatinya apabila dia membuat keputusan nekad mahu memasuki India secara haram.
Menurut sumber polis, gadis berkenaan merentas hutan paya Sundarbans yang merekodkan sebilangan beberapa kes kematian akibat serangan harimau.
Dia kemudian berenang selama sejam di Sungai Matla yang menjadi lubuk buaya.
Krishna bagaimanapun berjaya mengharungi semua ‘halangan’ tersebut dan pada 28 Mei lalu, dia mengahwini Abhik di bandar Kolkata.
Kisah keberanian gadis itu menjadi buah mulut penduduk daerah South 24 Parganas di Bengal sehingga menyebabkan dia ditahan polis dua hari selepas perkahwinannya berlangsung atas dakwaan memasuki India secara haram. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Sanggup bahayakan diri demi jantan leluhur walaupun kau tau kaum wanita dekat sana dipandang hina sehinanya |
|
|
|
|
|
|
| |
|