CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 798|Reply: 1

[Jenayah] Jangan klik pautan mencurigakan yang dihantar menerusi SMS, WhatsApp & Messenger dek!

[Copy link]
Post time 3-6-2022 10:40 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 3-6-2022 02:41 PM

PETALING JAYA: Pengguna perbankan dalam talian diingatkan supaya berjaga-jaga dengan aplikasi telefon bimbit yang meniru perkhidmatan sahih, kerana dikhuatiri mengintip nombor kod pengesahan transaksi (TAC) daripada “inbox” pesanan ringkas pengguna, kata agensi keselamatan siber hari ini.

Aplikasi palsu itu dimuat turun apabila pengguna memuat turunnya di luar penyedia aplikasi rasmi telefon bimbit, kata Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT).

Kes terbaru melibatkan perisian hasad Android yang mampu membaca semua pesanan ringkas dalam telefon, termasuk nombor TAC, seterusnya melakukan transaksi perbankan internet, kata agensi itu.

“Beberapa laman web palsu yang meniru perkhidmatan pembersihan dan kedai haiwan kesayangan popular Malaysia dicipta oleh penipu untuk memperdaya mangsa lalu mencuri butiran peribadi serta perbankan.

“Kami ingin mengingatkan pelanggan supaya berhati-hati dengan penipuan seperti itu, dan sentiasa berjaga-jaga,” kata MyCERT menerusi hantaran Maybank di Facebook hari ini.

MyCERT mengingatkan pengguna supaya tidak menekan pautan mencurigakan yang dihantar menerusi SMS, WhatsApp atau Messenger, selain memuatkan antivirus dalam telefon bimbit masing-masing.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/06/02/waspada-aplikasi-palsu-curi-nombor-tac-kata-mycert/


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2022 10:46 AM | Show all posts
perkhidmatan sahih - authentic service
perisian hasad - malware
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 03:27 AM GMT+8 , Processed in 0.030338 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list