CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 710|Reply: 3

Padah Kutip Frisbee, Lelaki Maut Dibaham Aligator

[Copy link]
Post time 3-6-2022 01:59 PM | Show all posts |Read mode
Tindakan seorang lelaki mengutip frisbee yang hilang di sebuah tasik di Florida mengundang padah apabila dia maut dibaham aligator.


Mayat mangsa ditemukan dalam dengan keadaan lengannya tercabut, pada 31 Mei lalu.


Ia adalah serangan aligator pertama yang menyebabkan kematian di negeri itu sejak 2019.




Gambar hiasan




Serangan itu berlaku di tasik di Taman John S Taylor di Largo, Florida, kata jurucakap Jabatan Polis Largo.


Beliau menambah, polis percaya seekor aligator 'terbabit' dalam kematian mangsa


Jurucakap Suruhanjaya Pemuliharaan Ikan dan Hidupan Liar Florida mengenal pasti mangsa sebagai lelaki berusia 47 tahun.


Lelaki itu dikatakan sering mencari frisbee yang hilang di tasik berkenaan.


Frisbes itu adalah milik pengunjung yang datang beriadah di taman itu.


Selepas ditemukan, lelaki terbabit akan menjual semula frisbee berkenaan kepada pengunjung lain.


"Dia mati akibat serangan aligator," kata Pengarah Taman dan Sumber Pemuliharaan di Pinellas County, Paul Cozzie,


Menurut Cozzie, seseorang yang berada di taman itu menjumpai mayat mangsa di tebing tasik, kira-kira 8 pagi.


Media melaporkan terdapat papan amaran yang melarang orang ramai daripada memasuki tasik berkenaan.


Aligator juga dikatakan menjadi lebih agresif ketika musim haiwan itu mengawan, antara Mei dan Jun, setiap tahun.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2022 03:11 PM | Show all posts
Mati dalam pekerjaan modal free hanya kutip dari dalam tasik yang akhirnya merentap nyawanya sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 03:14 PM | Show all posts
ade ke yg nk molest aligator


Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2022 03:01 PM | Show all posts
ingatkan bola golf je yg org selam cari pastu jual blk...
bukan bende tu plastik ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 03:46 AM GMT+8 , Processed in 0.050791 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list