CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 892|Reply: 8

[Tempatan] Harga kereta dijangka naik 1-3 peratus dengan pelaksanaan semula GST - Aminvestment Bank

[Copy link]
Post time 3-6-2022 04:13 PM | Show all posts |Read mode
Jun 3, 2022 15:28 MYT...


KUALA LUMPUR: Harga kereta di Malaysia dijangka meningkat sebanyak satu hingga tiga peratus sekiranya cukai barang dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan semula, kesan yang berbeza berbanding impak daripada pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) pada 2018, kata AmInvestment Bank Bhd.

Penganalisis Alex Goh berkata sektor amanah pelaburan hartanah (REIT) dan media juga dijangka terkesan manakala sektor hartanah akan terdedah kepada permintaan lemah akibat daripada harga produk yang mahal di tengah-tengah peningkatan kebimbangan kemampuan pembeli.

"REITs juga boleh mengalami trafik pengunjung dan pertumbuhan jualan penyewa yang perlahan berikutan pengurangan perbelanjaan pengguna, manakala sektor media mungkin terkesan akibat daripada jumlah pelanggan dan perbelanjaan pengiklanan yang berkurangan," katanya dalam satu nota penyelidikan hari ini.

Bagaimanapun, Goh berkata kebanyakan sektor seperti bank, minyak dan gas, telekomunikasi, kuasa, penjagaan kesihatan, sarung tangan, pembuatan, perjudian dan teknologi dijangka tidak terkesan daripada pelaksanaan GST.

"Pengeluar makanan penting seperti Nestle mungkin mendapat manfaat daripada bantuan tunai kepada kumpulan B40 dan kumpulan pendapatan pertengahan M40," katanya.

Goh juga menjangka pelaksanaan semula GST akan membawa impak sifar kepada kebanyakan konstituen petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI), oleh itu, beliau mengekalkan sasaran akhir tahun 2022 FBM KLCI pada 1,745.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini dilaporkan sebagai berkata Malaysia sedang menimbang untuk memperkenalkan semula GST bagi meningkatkan asas hasilnya dan menampung subsidi awam.

"Beliau berkata meskipun menyedari persepsi negatif yang menyelubungi GST, kerajaan tidak mempunyai banyak pilihan untuk menambah dana negara.

"Perdana menteri berkata kerajaan menyasar kadar GST yang tidak terlalu tinggi yang boleh membebankan rakyat namun tidak terlalu rendah yang tidak mampu untuk menambahkan hasil," katanya.

Goh menambah, pada Mac tahun ini Kementerian Kewangan menyatakan bahawa ia sedang menilai pengenalan semula GST sebagai sebahagian daripada pembaharuan fiskal utama untuk mengukuhkan kapasiti hasil negara.

Bank Negara Malaysia turut menyuarakan sokongan kepada pelaksanaan semula GST kerana ia akan meringankan beban kewangan berat yang dihadapi kerajaan.
--BERNAMA

https://www.astroawani.com/berita-bisnes/harga-kereta-dijangka-naik-13-peratus-dengan-pelaksanaan-semula-gst-aminvestment-bank-364579

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2022 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Told ya.

Dan tentu bertahap. Takkan dinaikkan semua harga brg sekaligus. Walaupun terang2 sudah byk kenaikan harga sblm dtg pelaksanaan gst. Evian jew turun.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg tak turun2 kes rasuah je …

Kahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 05:31 PM | Show all posts
Gingerly replied at 3-6-2022 09:09 AM
Told ya.

Dan tentu bertahap. Takkan dinaikkan semua harga brg sekaligus. Walaupun terang2 sudah by ...

i dulu masa gst nak di umum tahun 2015 tu i
cukup takut u tahu. sekarang ni ketakutan i muncul balik.

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 3-6-2022 05:31 PM
i dulu masa gst nak di umum tahun 2015 tu i
cukup takut u tahu. sekarang ni ketakutan i muncul ba ...

I doakan u tenang dan senantiasa dalam rahmat Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 05:53 PM | Show all posts
Macam biasa pengguna juga akhirnya jadi mangsa.  Jadi jika tak ada keperluan mendesak eloklah tangguh dulu pembelian hingga kewangan diri lebih menyenangkan.  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-6-2022 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan pula menteri kesayangan bagi idea rakyat kena biasakan berbasikal ke tempat kerja.

Contohi rakyat Japan.

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Hancing!

MANA JANJI BN MAHU TURUNKAN HARGA KERETA? – KHAIRUDDIN
Posted by Muhammad Zikri | May 9, 2017 |

KUALA LUMPUR, 9 Mei: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Khairuddin Aman Razali mempersoalkan janji Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya lalu yang mahu menurunkan harga kereta sehingga 30%, dengan berkata ia gagal disebabkan sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Khairuddin berkata, ini kerana GST akan hanya meningkatkan harga barang.

“Nampaknya ia tidak akan berjaya. Bagi tempoh 2013-2015, harga kereta turun sebanyak 14.68%. Namun ia meningkat semula sebanyak 2.13% pada 2016.

“Hal ini amat jelas berlaku akibat pelaksanaan GST,” kata Ahli Parlimen Kuala Nerus itu dalam satu kenyataan.

Dalam jawapan parlimen 7 April 2016, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata kerajaan komited untuk menurunkan harga kereta secara berperingkat sebanyak 20-30%.

Soal penurunan harga kereta adalah isu popular dan turut dimuatkan dalam manifesto pembangkang yang ketika itu bergabung di bawah Pakatan Rakyat.

Mac lalu, Khairuddin berkata penurunan harga kereta dapat mengurangkan kes muflis di kalangan rakyat negara ini.

Khairuddin juga menggesa Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan mengadakan persidangan bagi membetulkan fatwa sebelum ini yang memutuskan hukum GST adalah “harus”, pada muzakarah 2015.

“Dua mufti telah mula bercakap tentang GST yang tidak patuh syariah ini. Sewajarnya Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kembali bersidang,” katanya.

Mufti Pulau Pinang Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor sebelum ini dilaporkan berkata GST menimbulkan banyak masalah dan menyukarkan kehidupan rakyat, manakala Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin mempersoalkan sama ada ia “tanda simpati dan kasih pemerintah kepada rakyat atau sebaliknya”.

“Saya mendesak kerajaan segera melakukan inisiatif bagi memansuhkan sistem yang sangat membebankan rakyat ini,” kata Khairuddin. – TheAseanJournal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2022 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari sst kepada gst...harga naik.
Tukar gst kepada sst..harga naik.
Tukar lagi sst kepad gst...naik jugak.
Pakar formula piji atau jibi..tolong huraikan dalam 350 patah perkataan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 03:37 AM GMT+8 , Processed in 0.106009 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list