View: 319|Reply: 0
|
[Dunia]
Kyiv dakwa Russia eksport 'bijirin curi' termasuk ke Turki
[Copy link]
|
|
Kyiv dakwa Russia eksport 'bijirin curi' termasuk ke Turki
Kapal kontena kargo Russia, Mikhail Nenashev, belayar di Bosphorus, dalam perjalanan ke Laut Mediterranean di Istanbul, Turki. - Foto REUTERS
ISTANBUL: Duta Ukraine ke Turki, Vasyl Bodna, menuduh Russia 'mencuri' dan mengeksport bijirin milik Ukraine ke beberapa negara termasuk Turki.
Katanya, Russia tanpa sebarang rasa malu mencuri dan menjual bijirin milik Ukraine dari Crimea kepada negara asing terutama Turki.
"Kami sudah meminta bantuan Turki bagi menyelesaikan isu ini," katanya menerusi mesej di Twitter.
Ukraine adalah pengeksport utama gandum dan minyak bunga matahari sebelum pencerobohan Russia pada 24 Februari lalu.
Ankara selama ini cuba mengimbangi hubungan baik dengan antara Kyiv dan Moscow yang sudah lama terjalin.
Turki selaku anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), turut menyumbangkan dron ketenteraan kepada Ukraine dan menawarkan diri sebagai pengantara bagi menyelesaikan konflik itu.
Bagaimanapun, negara itu tidak tunduk kepada tekanan Barat bagi mengenakan sekatan ekonomi terhadap Russia yang juga penyumbang terbesar bijirin dan bahan api.
Ankara juga menawarkan, atas permintaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), bagi membantu menjamin keselamatan koridor eksport bijirin dari Ukraine.
Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov, akan berada di Turki pada Rabu ini bagi membincang perkara itu.
Harga makanan melambung tinggi sejak perang bermula, dengan negara di Afrika dan Asia Barat antara yang paling teruk terjejas kerana tentera Russia menyekat kesemua akses ke pelabuhan Ukraine di Laut Hitam. - AFP
Sumber:https://www.bharian.com.my/dunia ... i-termasuk-ke-turki
|
|
|
|
|
|
|
| |
|