View: 1321|Reply: 12
|
[Tempatan]
Enam cedera dirempuh pemandu BMW diserang sawan
[Copy link]
|
|
Enam cedera dirempuh pemandu BMW diserang sawan
Antara kenderaan yang remuk akibat dirempuh kereta BMW selepas pemandunya dikatakan diserang sawan di lampu isyarat di Jalan Tun Abdul Razak, Lebuh Ayer Keroh, di sini, malam tadi. - Foto PDRM
MELAKA: Akibat diserang sawan, seorang pemandu kereta BMW merempuh sembilan kenderaan lain hingga menyebabkan enam cedera ketika menunggu lampu isyarat di Jalan Tun Abdul Razak, Lebuh Ayer Keroh, di sini, malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintendan Amran@mohamad Zaki Omar berkata, semua mangsa sedang menunggu di simpang empat lampu isyarat Taman Chiptaco berhadapan sebuah pasar raya, di sini, dalam kejadian jam 9.14 malam.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati ketika menunggu lampu isyarat bertukar hijau, pemandu BMW lelaki berusia 38 tahun itu dikatakan mengalami sawan menyebabkan dia tertekan pedal minyak.
Justeru, katanya, kereta itu meluncur laju sebelum merempuh beberapa kenderaan lain yang berhenti di hadapannya.
"Pemandu terbabit kemudiannya dipercayai sekali lagi diserang penyakit itu menyebabkan berlaku rempuhan kedua.
"Kemalangan berkenaan membabitkan 10 kenderaan yang menyebabkan enam pemandu serta penumpang berusia antara 20 hingga 73 tahun cedera, selain pemandu BMW turut cedera ringan," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Mengulas lanjut, katanya, sembilan kenderaan yang dirempuh ialah dua Perodua Myvi, Honda Jazz, Perodua Kenari, Perodua Viva, Perodua Alza, Toyota Corolla Altis, Nissan Frontier dan Proton Persona.
"Semua mangsa termasuk pemandu Perodua Kenari wanita berusia 20 tahun yang mengalami patah hidung dirawat di Zon Hijau dan Zon Kuning Hospital Melaka.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
sUMBER:https://www.bharian.com.my/berit ... -bmw-diserang-sawan
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Benda camni banyak dah berlaku kena sawan or serangan jantung tengah driving.
Kena becareful. |
|
|
|
|
|
|
|
teringat aku budak UUM yg mati tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Cramp tetibe while driving pun sgt la bahaya. Benda kita xleh jangka.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian semuanya...
Sebab mmg.tak.jangka... |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya.mujur takde kematian. jenuh la nak membayar gantirugi |
|
|
|
|
|
|
|
bahayanya |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dah berlaku mcm ni maybe dah kena stop driving dah dia...buat mcm my fren disbbkan rabun warna, dia charter taxi utk pegi dan balik keje.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ada history sawan memng di larang memandu.jangan dibiar bersendirian |
|
|
|
|
|
|
|
umur belum 40 dah sawan babi dek? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 4-6-2022 04:18 PM
kalau i jadi pendakwa raya atau polis
i akan selongkar
1. medical history atau penyakot dia ade dari kekanak sampai dewasa, yup nak tahu sama ade ia benarkaj sawan atau ? bukan.
2. On the grounds that the driver has proven to CAUSE HARM and compromise the SAFETY of others - alasan ni valid utuk tengok record lesen dia kot kan ( sebab dia mesti dan kena tahu dan TANGGUNGJAWAB SEKELILING MANUSIA Dekat dia bagi tahu hal ini tentang IMPLIKASI KESELAMATAN DIA KETIKA MEMANDU??
3. bila dan kenapa dia diberikan lesen atau dibenarkan memandu sebelum ini kALAU Dah ade DIAGNOSIS? haih pelik ni ...atau dia adae diagnosis dah ke 6 bulan sebelum , 5 bulan sebelum ??? or 12 bulan sebelum ni KALAU DIA DIDIAGNOSE ade penyakit atau 3 thn sebelum ni dah ade diagnosis , diagnosis nipenting????
ada t/jawab untk maklumkan pada pihak berkuasa macam JPJ ...kalau ade sawan
4. SIAPA consultant neurologist yg rawat dia ni - ade tak documentation untuk nasihat di PESAKIT jgn emandu sebab RISIKO FLickERING LIGHTS , lampu cahaya yg berpinar pinar tu boleh trigger sawan??? ae nasihat tak bende ni? this is basic sangat ...iskkkk
5. siapa next of kin atau teman rapat ? penjaga dia yg tahu yg dia ade diagnosis dan apa yg telah dinasihati oleh pakar dan apa yg depa kena buat ? macam nasihatkan pesakit kgn memandu ..etc
6. bila diagnosis tu diberikan ye.
7. Sawan ni kene check bebetul sawan ke ape ke, and mana medical records?
8. Tanggungjawab dia dan / atau doktor yg menjadi ahi konsultant pesakit nak nasihat jgn menandu atau ahli keluarga / penjaga / teman rapat yg signifian untuk tahu semua ni, ade tak documentation dalam medical notes?>>
i pelik sungguh bila jadi kes macam ni....pelik sebab...bila jadi kite pun tertanya tanya kenapa sampai beginiii
macam mane depa tau dia sawan ? and sawan ni kene ascertain dulu.
naya 9 kereta ni
the fact that dia pandu BMW makna kata dia ada access to better health care and affrd ubat sawan...lah kan?
so...educated dan kalau dia dalam kawalan sawan tu dengan ubatan yg diambil still ubatan tu boleh bagi kesan pada aspek kognitif - focus , so still tak leh pandu kot ? tatau ni kene tanya JPJ pulak
ade beberapa keadan penyakit yg kena inform JPJ untuk tak boleh menadu , kat UK yg dinasihati ialah stroke, sawan , i lupa dah...
lagi satu ...punca sawan tu kenape, dia tak sihat ke? under a lot of stress ke? triggered by the flickering lights ke from the vehicles?
aioyoo so many questions.
|
|
|
|
|
|
|
|
hareeeesah replied at 4-6-2022 12:56 PM
Cramp tetibe while driving pun sgt la bahaya. Benda kita xleh jangka..
ai penah alami nya.. cramp kat betis...tapi nasib baik tak jadi apa apa |
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf replied at 4-6-2022 04:07 PM
kalau i jadi pendakwa raya atau polis
i akan selongkar
knp org dulu2 kata org sawan akan mati dlm air..apa yg trigger..kebetulan family BIL ada yg meninggal dlm air cetek.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|